Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Ulasan PT3] Iklan Sambutan Minggu Alam Sekitar

BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



          Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat kebangsaan 2013 akan diadakan di perkarangan tempat letak kereta, Presint 4, Putrajaya, dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang, pada 27 Oktober 2013 bersamaan hari Ahad. Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri G. Palanivel, iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah senamrobik dan Larian Hijau 1 Malaysia. Aktiviti senamrobik dan larian boleh mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin dari dalam badan manusia sekali gus memberikan impak positif kepada kesihatan tubuh badan seseorang individu. Selain itu, pameran alam sekitar yang diadakan pula dapat memberikan peluang kepada pengunjung untuk lebih mengetahui tentang kepentingan memelihara alam sekitar demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat sejagat.

Post a Comment

14 Comments

  1. Mimta maaf tapi bukan ke ulasan kena panjang sedikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong kira ada brp patah perkataan???ulasan perlu panjangnya antara 80 hingga 100 kan.....

      Delete
    2. 112 patah perkataan saya kira

      Delete
    3. Kalau panjang markah akan ditolak

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Setahu saya kalau 105 patah perkataan ok lagi.. kalau mcm sy kira dapat 109.. jadi berapa eh markah yg ditolak?

      Delete
    6. Ulasan perlu ditulis dengan kepanjangan 80 hingga 100 patah perkataan. Pemeriksa akan membilang patah perkataan hingga 100 dan membaca sehingga ayat terakhir. Jika isi cukup, bahasa baik, gramatis tetapi tidak mematuhi jumlah patah perkataan, maksimum 13 markah.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has removed by the author

    ReplyDelete
  4. Bukan ke ulasan sampai 80perkataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara 80 hingga 100 patah perkataan. Ayat terakhir kalau terlebih beberapa patah perkataan tak jadi masalah. Kata nama khas dikira satu patah perkataan.

      Delete
  5. Hamba allahJuly 16, 2020

    Baik.

    ReplyDelete