Resensi Novel Aku Sentiasa Ada Karya Emy Roberto

Cikgu Muzz
By -
0
 


Judul: Aku Sentiasa Ada
Penulis: Emy Roberto
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tahun: Februari 2021
Bilangan Halaman: 290 muka surat
 
Sinopsis:
Tya Lotus, anak tunggal seorang ahli perniagaan kaya dan Berk Ali yang juga ahli perniagaan berjaya; di antara mereka ada kisah yang dipotretkan dalam kisah Aku Sentiasa Ada. Cantik, seksi, dan menggoda, itu definisi buat Tya Lotus. Sasa, tampan dan sempurna itu tafsiran buat Berk Ali. Pertemuan singkat antara Lotus dan Berk atas dasar kerja telah menarik mereka bagai magnet untuk melekat. Tempoh masa pertemuan bukan ukuran untuk hati daripada berbicara tentang isyarat suka. Namun, siapa sangka, lelaki budiman persis Berk yang sudahpun meminta izin Datuk Ayub untuk menyunting Lotus, rupanya menyimpan rahsia besar. Kehadiran Dilla mengubah momen manis dalam sekelip mata. Lotus menghilang. Berk hilang arah. Akankah ada pertemuan antara mereka selepas itu? Tentu sahaja ada, kalau nak tahu kesudahan kisah Tya Lotus dan Berk Ali, segala-galanya dalam naskhah Aku Sentiasa Ada.
 
Keterangan Penulis:
Siapa cakap doktor perubatan tidak boleh bereksplorasi dengan karya kreatif? Buktinya Dr. Emy Roberto. Beliar yang merupakan doktor perubatan dan bertugas di Sabah memang terkenal dengan karya-karya pop yang cukup terkenal dalam pasaran novel Melayu di Malaysia. Secara peribadi, saya memiliki semua novel tulisan Emy Roberto, kerana serasi dengan gaya penulisan beliau. Hasil karya Emy Roberto turut menarik perhatian penerbit drama apabila novel Jangan Benci Cintaku pernah diadaptasi ke kaca televisyen sebagai drama bersiri yang mengisi Slot Akasia di TV3, dengan membariskan pelakon popular Saharul Ridzwan dan Zahiran MacWilson sebagai teraju utama.
 
Ulasan:
Penulis yang sudah saya biasa dengan gaya penulisan dan karya mereka sebelum ini memang akan saya ambil sahaja buku mereka tanpa membaca sinopsis atau blurb di kulit belakang novel tersebut. Jadi, bila kali pertama menyelak novel Aku Sentiasa Ada, rasa macam ganjil dengan nama watak hero dan heroin, iaitu Tya Lotus dan Berk Ali. Sejujrunya, nama yang terlalu ‘canggih’ akan mematahkan nafsu saya untuk membaca, mujur dalam Aku Sentiasa Ada, sebaris nama Berk dijelaskan dari mana asal usulnya. Aku Sentiasa Ada merupakan sebuah kisah yang simple. Mudah untuk pembaca mengikut alur cerita. Konfliknya ada beberapa, tetapi tidak meleret dan diselesaikan dalam beberapa babak. Novel ini tidak sampai 300 halaman, barangkali disebabkan penulis tidak mahu drag jalan cerita dengan begitu terperinci, contohnya adegan Tya Lotus dan pertemuan orang tua Berk Ali tidak akan ditemui dalam naskhah ini sama sekali.  Makanya, Aku Sentiasa Ada akan menjadi sebuah naskhah fast reading. Oleh itu, novel ini sesuai untuk bacaan santai dan ringan serta ingin dihabiskan pembacaan dalam waktu yang singkat.
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!