Anda perlu
merancang aktiviti minggu pertama persekolahan? Kering idea? Tak pasti aktiviti
mana yang sesuai mengikut panitia? Dalam catatan ini dikongsikan 50 aktiviti
menarik mengikut panitia yang sesuai dijalankan pada minggu pertama sesi
persekolahan. Semoga bermanfaat!
- Senamrobik (aktiviti senamrobik boleh diadakan mengikut tingkatan)
- Permainan tradisional (baling selipar, galah panjang dll)
- Sukaneka (isi air di dalam botol, cari gula-gula dalam tepung dll)
- Permainan (sepak raga, bola jaring, futsal)
- Explorace (checkpoint yang perlu selesaikan soalan tentang kesihatan)
- Mencari harta karun (cari harta yang disembunyikan mengikut clue)
- Peta emosi (murid menulis emosi hari pertama datang ke sekolah dalam peta i-think yang dibekalkan)
- Goreng pisang (sambung perkataan)
- Kamus hidup (ceritakan tentang prinsip hidup diri sendiri)
- Telefon rosak (membisik ayat dari belakang ke hadapan)
- Siapa kawan aku? (ceritakan tentang kawan baik dalam hidup)
- Kenangan hidup (kongsikan pengalaman manis dalam hidup)
- Dua benar satu palsu (beritahu 3 perkara tentang diri, 2 benar, 1 palsu, rakan-rakan perlu teka mana yang benar dan mana yang palsu)
- Kad soalan pantas (dua murid mewakili dua kumpulan bersaing menjawab soalan dalam kad dengan pantas)
- Melukis poster (melukis poster mengikut tema)
- Mewarna poster (mewarnakan poster yang dibekalkan guru)
- Ang Pao (Melukis dan mewarna sampul duit raya)
- Topeng rahsia (mewarna topeng muka yang dibekalkan guru)
- Lukisan berantai (setiap murid dibekalkan sekeping kertas kecil, murid pertama perlu melukis dalam tempoh 30 saat sebelum diserahkan kepada murid kedua untuk menyambung lukisan dan seterusnya sehingga pusingan tamat)
- Tongue twister
- Chinese whisper
- Word search
- Word chain
- Saya dan nilai (menceritakan nilai murni yang ada pada diri)
- Tayangan cerita teladan (tayangan filem pendek/drama/iklan yang mempunyai nilai dan pengajaran)
- Menara cawan (membina menara setinggi yang boleh dalam kumpulan)
- Best classmate (apa yang anda harapkan daripada rakan anda, guru tampal kertas sebak apda dua bahagian, murid dibekalkan dengan sticky note, murid akan tulis apa harapan mereka terhadap rakan lain di dalam kelas yang sama)
- Dadu sahabat (guru menulis arahan seperti ‘puji seorang rakan anda’ pada permukaan dadu, murid yang membaling dadu akan menyempurnakan arahan soalan tersebut)
- Switches side if (kelas dibahagiakan kepada dua ruang, apabila dibacakan soalan, murid akan bergerak untuk berada di salah satu kawasan)
- I can’t live without (murid diberikan carta, murid akan menulis hobi atau kegemaran mereka; pendek kata mereka tidak boleh hidup tanpa apa?)
- Saintis cilik (lakukan eksperimen mudah)
- Hands up (murid akan mengangkat tangan dan berkongsi pengalaman mengikut umur ayng disebutkan oleh cikgu)
- Gallery walk (murid menulis idea untuk kelas dan ditulis secara kreatif, kemudian dipaparkan dan diawata oleh kumpulan lain)
- M&M memory (Guru memberikan M&M, murid perlu bercerita mengikut soalan yang ditetapkan berdasarkan warna M&M yang diperoleh)
- Pilih dan senarai (paparkan satu kertas yang mengandungi 30 aktiviti, bekalkan murid dengan satu kertas yang mengandungi 30 hari, murid perlu pilih aktiviti dan susun ikut kegemaran mereka)
- Figure me out (soalan biasa yang dikemukakan dengan pengiraan, dan murid mendapatkan jawapan dengan langkah mengira)
- Circle of life (pelajar membahagikan kertas kepada 8 bahagian, setiap bahagian diiskan maklumat tentang diri pelajar dan wajib mengandungi nombor)
- Jadual waktu (murid membina jadual waktu harian)
- Question ball (Murid melambung bola dan membaling bola, murid perlu menjawab soalan yang jatuh pada bahagian hadapan mereka)
- Tree of hope (Murid dibekalkan kertas berbentuk daun. Murid menulis harapan untuk tahun ini dan lekatkan pada ranting pokok yang disediakan guru)
- Tunggu aku datang (guru memaparkan peta negara dan peta dunia, murid akan memilih tempat yang ingin dituju dan nyatakan sebab)
- Hafalan Solat (menghafal ayat mudah dalam solat)
- Makanan kalbu (amalan zikir harian)
- Al-kahfi (menghafal 10 ayat pertama dan terakhir dalam surah al-kahfi)
- Dia idoalku (menyenaraikan sifat nabi Muhammad SAW)
- Doa senjata mukmin (senaraikan doa-doa yang ingin dipohonkan)
- Jejak belanja (murid membuat pembahagian gunaan sumber kewangan yang diperoleh)
- Tabung impian (murid membawa bahan kitar semula untuk menghasilkan tabung)











