Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

100 Soalan Ramalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM Mengikut 18 Tema DSKP

 
100 SOALAN RAMALAN UJIAN BERTUTUR SPM BAHASA MELAYU

Dalam perkongsian kali ini, cikgu rangkumkan 100 soalan KBAT yang mungkin boleh ditanya dalam Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM sama ada dalam pentaksiran individu atau kumpulan. 100 soalan ini dikategorikan mengikut 18 tema seperti yang terkandung dalam DSKP Tingkatan 4 dan 5. Semoga perkongsian ini membantu anda membuat persediaan UBBM tahun 2024 yang akan bermula pada 2 Disember 2024. 

Jangan lupa kongsi link entry ini kepada rakan-rakan anda di luar sana!

TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
  • Punca segelintir murid tidak menjaga kebersihan tandas
  • Kebaikan menjaga kebersihan
  • Punca pemakanan seimbang sukar diamalkan
  • Peranan ibu bapa dalam menjaga kesihatan anak-anak
  • Langkah mengelakkan diri daripada masalah kesihatan mental
  • Kesan buruk persekitaran yang tidak bersih
  • Ciri individu yang mengalami tekanan mental
  • Peranan ibu bapa memantau kesihatan mental anak
TEMA KESELAMATAN
  • Sebab-sebab kita perlu mengutamakan keselamatan ketika menggunakan Internet
  • Peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak menggunakan Internet dengan sealamat
  • Cara pihak sekolah memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan
  • Peranan ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak
  • Kesan sekiranya aspek keselamatan tidak dititikberatkan
  • Langkah mengurangkan kemalangan jalan raya
TEMA PERPADUAN
  • Aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk perpaduan
  • Kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia
  • Cara memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
  • Langkah memupuk perpaduan di kawasan kediaman
  • Cabaran memupuk perpaduan di negara kita
  • Implikasi jurang perpaduan antara kaum
TEMA KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA
  • Punca masyarakat mula melupakan seni tradisional
  • Usaha mempopularkan kesenian tradisional
  • Sebab seni anyaman semakin dilupakan
  • Tanggungjawab kerajaan mempopularkan seni warisan tradisional negara
  • Cara menggalakkan remaja menggalakkan adat tradisi kaum masing-masing
  • Peranan pelbagai pihak dalam memelihara makanan tradisional
TEMA JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
  • Usaha yang boleh dilakukan untuk memperkukuh jati diri generasi muda
  • Aktiviti yang boleh memupuk semangat patriotik dalam masyarakat berbilang kaum
  • Peranan sekolah dalam mengukuhkan semangat patriotik
  • Peranan pelbagai pihak dalam mengukuhkan semangat patriotik
  • Punca semangat patriotisme semakin pudar dalam kalangan generasi muda
TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
  • Kebaikan kemajuan sains dan teknologi
  • Langkah meningkatkan penggunaan teknologi terkini dalam kalangan masyarakat
  • Kepentingan penggunaan teknologi dalam kehidupan
  • Cara meningkatkan minat murid dalam bidang STEM
  • Keburukan teknologi kepada manusia
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
  • Sebab penggunaan teknologi hijau kurang mendapat sambutan masyarakat
  • Usaha menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan
  • Cara menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula
  • Cabaran untuk memupuk amalan kitar semula
  • Peranan pelbagai pihak dalam menjaga alam sekitar
  • Cara-cara menjaga alam sekitar
TEMA PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
  • Faktor generasi muda kurang berminat dalam bidang penternakan
  • Usaha untuk memajukan bidang penternakan
  • Langkah menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian
  • Kepentingan bidang pertanian kepada negara
  • Cabaran dalam industri perikanan negara
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN
  • Cabaran untuk menjadi seorang usahawan
  • Peranan sekolah memupuk minat murid terhadap bidang keusahawanan
  • Cara menguruskan perbelanjaan harian dengan baik
  • Peranan ibu bapa mendidik anak menguruskan kewangan
  • Cara pihak sekolah mendidik murid tentang ilmu kewangan
  • Cabaran memupuk kesedaran tentang pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat
TEMA PELANCONGAN
  • Peranan media massa mempopularkan pelancongan berasaskan makanan
  • Manfaat sektor pelancongan kepada penduduk setempat
  • Peranan kerajaan memajukan sektor pelancongan
  • Langkah menggalakkan kedatangan pelancong kesihatan ke Malaysia
  • Kebaikan sektor pelancongan
  • Langkah pelbagai pihak memperkenalkan destinasi pelancongan negara
  • Cara menjadikan Malaysia sebagai hub pelancongan kesihatan
TEMA SEJARAH DAN WARISAN
  • Cabaran untuk mengekalkan makanan tradisional
  • Kepentingan mempelajari sejarah
  • Usaha memupuk minat murid terhadap budaya warisan negara
  • Cabaran mengekalkan warisan budaya negara
  • Kepentingan bangunan bersejarah di negara
TEMA SUKAN DAN REKREASI
  • Usaha yang perlu dilakukan untuk melahirkan atlet negara
  • Cara menggalakkan masyarakat bersukan
  • Kepentingan bersukan
  • Manfaat riadah kepada pelbagai pihak
  • Punca generasi muda kurang aktif dalam bidang sukan
  • Peranan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang aktif
TEMA PERINDUSTRIAN
  • Usaha untuk memajukan industri automotif negara
  • Kebaikan penggunaan kereta elektrik
  • Langkah menggalakkan golongan muda terlibat dalam perindustrian
  • Peranan kerajaan menggalakkan pelabur asing melabur di negara kita
  • Peranan memajukan bidang perindustrian negara
TEMA PENDIDIKAN
  • Cara untuk menarik minat murid hadir ke sekolah
  • Kepentingan pendidikan kepada remaja
  • Kaedah teknologi membantu murid dalam pembelajaran
  • Peranan ibu bapa mengawal penggunaan peranti elektronik dalam kalangan anak-anak
  • Kelebihan belajar secara berkumpulan
TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN
  • Usaha menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
  • Faedah membaca bahan sastera
  • Langkah memartabatkan bahasa kebangsaan
  • Punca generasi muda kurang menghargai bahasa kebangsaan
  • Kepentingan menguasai pelbagai bahasa
TEMA PENTADBIRAN DAN POLITIK
  • Faktor rakyat perlu mengambil bahagian dalam pemilihan pemimpin
  • Kelebihan mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab
  • Ciri pemimpin yang baik
  • Kepentingan kestabilan politik
  • Natijah salah pilih pemimpin
TEMA INTEGRITI
  • Kelebihan sifat amanah dalam kehidupan
  • Cara mengelakkan diri daripada terlibat dalam rasuah
  • Peranan pelbagai pihak dalam menangani rasuah
  • Kelebihan memiliki sifat jujur dalam kehidupan
  • Peranan sekolah dalam melahirkan generasi yang berintegriti
TEMA KERJAYA
  • Kriteria dalam pemilihan kerjaya
  • Ciri kerjaya pilihan
  • Persediaan sebelum menghadapi temu duga
  • Kesan lambakan pekerja asing dalam sektor pekerjaan tanah air

Post a Comment

0 Comments