Judul: Tuan Inspektor Sebelah Rumah
Prolog novel ini sangat dramatik. Terasa seolah-olah sedang menonton sebuah siri crime di televisyen. Seawal prolog ini telah ada berbagai-bagai andaian dalam minda tentang hubung kait yang akan berlaku seterusnya dalam bab-bab yang akan datang membabitkan watak-watak utama. Pada awalnya, saya rasa watak utama perempuan, iaitu Dewi akan menerima nasib yang sama seperti watak sampingan yang dipaparkan pada bahagian plot novel Tuan Inspektor Sebelah Rumah ini, tetapi meleset sekali jangkaan.
Owh ya, kalau nak tahu kisah lengkap Ahmad Bariq Al-Haq dan Dewi Arlisa ini kenalah baca sendiri, dan bukunya boleh didapati di toko buku fizikal atau maya.
Kesimpulan:
★★★★