Ketahui 3 Kata Kunci Popular Soalan KBAT Ujian Bertutur Bahasa Melayu
oleh -Cikgu Muzz
November 02, 2025
0
UBBM SPM 2025
akan bermula esok, iaitu 3 November 2025 dan akan berakhir pada 6 November
2025. Nak tak cikgu bocorkan sedikit ‘rahsia’ UBBM ni? Dia bukan soalan bocor
tau; tetapi berdasarkan analisis yang dibuat pada tahun-tahun sebelumnya. Pada masa
yang sama hasil analisis daripada soalan-soalan percubaan; ada sedikit tip yang
boleh dikongsikan untuk soalan KBAT dalam taksiran individu ujian bertutur
bahasa Melayu. Nak tahu tak, ada
tiga kata kunci soalan yang agak popular bermula UBBM tahun 2021 hingga 2024? Apakah
kata kunci tersebut?
Kepentingan
Peranan
Cabaran
Biasa dengar
bukan? Bagi calon cemerlang perkataan di atas mungkin tak ada beri apa-apa
kesan kerana mereka sedia mahir. Namun, berbeza untuk murid sederhana dan
lemah. Kadang-kadang dalam keterbatasan waktu taksiran mereka akan menjadi
panik apabila diajukan soalan yang digabungkan dengan kata kunci di atas,
terutamanya cabaran. Bagaimana untuk
menangani rasa ‘blank’ atau kosong sehinggakan perkataan mudah seperti ‘kepentingan’
boleh menyebabkan calon tersangkut lama dan ada antara calon haya menggelengkan
kepala tanda tidak mampu untuk menjawab soalan. Mari cikgu beri panduan mudah. Disebabkan
cikgu orang utara, maka panduannya yang diberi juga agak mesra orang di utara
Semenanjung Malaysia.
Kepentingan = apa
yang hang/depa/benda tu dapat (benda baik), faedah atau kebaikan.
Peranan = apa
yang patut hang atau orang lain buat untuk satu-satu benda, tanggungjawab atau
fungsi.
Cabaran = apa
benda yang payah sangat nak bagi boleh buat, masalah atau kekangan.
Boleh dapat?
Harap-harap membantulah, ya. Hah, cuba jawab
soalan cikgu. Tulis jawapan pada ruang komen, nanti cikgu reply betul atau
tidak jawapan anda. Pada pendapat
anda, apakah cabaran-cabaran penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI)?