Berikut merupakan keterangan bagi teknik IMBaKUP:
|
I (isi) |
Satu ayat isi yang lengkap dengan gramatis. |
|
M (mengapa) |
Ayat untuk menerangkan kepada dikatakan sebegitu
dalam ayat isi. |
|
Ba (bagaimana; contoh) |
Bagaimana untuk melakukan atau menjayakan perkara
yang ditulis dalam ayat isi. |
|
K (kesan daripada contoh) |
Kesan daripada apa yang ditulis dalam ayat
bagaimana. |
|
U (ungkapan menarik) |
Peribahasa atau ungkapan yang sesuai dan selari
dengan perbincangan isi. |
|
P (penegasan) |
Kesimpulan kecil bagi perenggan isi. |
Apabila sudah mahir, murid boleh menambahkan bilangan ayat terutamanya pada bahagian mengapa, bagaimana, dan kesan contoh. Seseorang yang mahir menguasai teknik IMBaKUP mampu menulis sekurang-kurangnya 10-12 ayat dalam sebuah perenggan isi.
Contoh Soalan:
Gejala sosial melibatkan golongan remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan peranan ibu bapa dalam menangani gejala sosial dalam kalangan anak-anak.
|
I (isi) |
Salah satu peranan ibu bapa dalam menangani gejala
sosial dalam kalangan anak-anak ialah menerusi didikan agama kepada anak-anak
sejak kecil lagi. |
|
M (mengapa) |
Hal ini dikatakan demikian kerana menerusi didikan
agama yang secukupnya anak-anak mampu membezakan perkara yang baik dan tidak
baik. |
|
Ba (bagaimana; contoh) |
Misalnya, ibu bapa boleh mendidik anak mendalami
ilmu agama dengan cara solat berjemaah, mengaji Al-Quran dan membaca
tafsirnya, serta mendengar kuliah agama. |
|
K (kesan daripada contoh) |
Kesannya, anak-anak akan dilengkapi dengan ilmu
agama yang lengkap sekali gus menjadi benteng kepada mereka daripada
terjerumus dalam kancah sosial yang semakin membimbangkan dewasa ini. |
|
U (ungkapan menarik) |
Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertindak awal dengan
memberikan didikan agama kepada anak seawal usia kanak-kanak lagi persis
saranan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. |
|
P (penegasan) |
Ringkasnya, jelaslah bahawa memberikan didikan agama
kepada anak-anak merupakan salah satu tanggungjawab yang boleh dimainkan ibu
bapa dalam usaha mengekang gejala sosial dalam kalangan remaja. |
Berikut merupakan penulisan lengkap bagi sebuah isi yang mengandungi enam ayat setelah digabungkan keenam-enam ayat tersebut dalam sebuah perenggan.
Salah satu peranan ibu bapa dalam menangani gejala sosial dalam kalangan anak-anak ialah menerusi didikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana menerusi didikan agama yang secukupnya anak-anak mampu membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Misalnya, ibu bapa boleh mendidik anak mendalami ilmu agama dengan cara solat berjemaah, mengaji Al-Quran dan membaca tafsirnya, serta mendnegar kuliah agama. Kesannya, anak-anak akan dilengkapi dengan ilmu agama yang lengkap sekali gus menjadi benteng kepada mereka daripada terjerumus dalam kancah sosial yang semakin membimbangkan dewasa ini. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertindak awal dengan memberikan didikan agama kepada anak seawal usia kanak-kanak lagi persis saranan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ringkasnya, jelaslah bahawa memberikan didikan agama kepada anak-anak merupakan salah satu tanggungjawab yang boleh dimainkan ibu bapa dalam usaha mengekang gejala sosial dalam kalangan remaja.

