Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM tahun 2025 akan menjelang. Jom, kita ulang kaji soalan-soalan ramalan daripada tajuk-tajuk panas ujian bertutur tahun ini!
- Bagaimanakah seorang individu dapat menjaga kebersihan diri?
- Apakah cabaran-cabaran dalam mengamalkan gaya hidup sihat?
- Apakah kepentingan menjaga kesihatan mental?
- Bagaimanakah cara-cara mencegah penyakit berjangkit?
- Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mengambil makanan yang sihat?
- Apakah ciri-ciri sekolah yang selamat?
- Apakah cabaran-cabaran kecanggihan teknologi?
- Apakah usaha-usaha memastikan penunggang motosikal selamat?
- Apakah cabaran dalam mewujudkan komuniti di kawasan kejiranan yang harmoni?
- Apakah kepentingan memelihara adat dan kebudayaan tempatan?
- Apakah kepentingan memelihara bangunan warisan tempatan?
- Apakah kesan-kesan ketagihan telefon pintar?
- Apakah langkah-langkah menggalakkan remaja menghayati prinsip Rukun Negara?
- Apakah kepentingan jati diri dalam kehidupan seseorang individu?
- Apakah peranan media massa dalam membudayakan nilai murni dalam kalangan masyarakat?
- Bagaimanakah perpaduan dalam kalangan rakyat dapat diperkukuh?
- Apakah cara-cara menggalakkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia?
- Apakah cabaran penggunaan teknologi buatan?
- Jelaskan kepentingan teknologi hijau?
- Bagaimanakah amalan kitar semula dapat dibudayakan dalam kalangan masyarakat?
- Mengapakah golongan muda kurang berminat dengan bidang pertanian dan penternakan?
- Apakah cabaran-cabaran dalam sektor pertanian?
- Apakah cara-cara memupuk amalan hidup yang berjimat cermat?
- Apakah manfaat penggunaan e-dompet?
- Mengapakah sesetengah individu kurang aktif dalam aktiviti fizikal seperti bersukan?
- Apakah kebaikan sektor perindustrian kepada negara?
- Apakah kesan buruk kawasan perindustrian?
- Apakah manfaat TVET?
- Apakah langkah menarik minat masyarakat untuk membaca karya sastera?
- Apakah persediaan-persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan?

