61 Peribahasa Mengikut Tajuk Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM

Cikgu Muzz
By -
1


Peribahasa Melayu merupakan warisan masyarakat melayu yang mendukung makna tersirat bertujuan untuk mendidik secara halus. Menerusi Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kurikulum Standard Sekolah Menengah disenaraikan peribahasa mengikut tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku teks ini. 15 daripada 16 tajuk dalam buku teks ini mengandungi peribahasa. Sebanyak 61 peribahasa dikenal pasti termuat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM ini.  Soalan peribahasa diuji dalam SPM Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2), Bahagian A, soalan kelima.

TEMA

M/S

PERIBAHASA/ UNGKAPAN/

SLOGAN/ KATA HIKMAT

MAKSUD

1

Merealisasikan Impian

 

7

ibarat belayar sambil memapan

melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus

8

hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai

sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada orang yang ahli ataupunpakar dalam bidang tersebut.

10

cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.

belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.

10

di mana ada kemahuan di situ ada jalan

jika mempunyai cita-cita, seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh

 

12

 

orang mengantuk disorongkan bantal

 

memperoleh apa yang benar-benar diingini.

2

Insan Terdidik, Negara Sejahtera

21

zaman Tuk Nadur berkajang kain

suatu masa atau zaman yang telah lalu atau Suatu masa atau zaman yang telah lama sekali berlalu.

3

Memetik Bintang

37

Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

tidak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

4

Menjulang Harapan di Bumi Bertuah

49

bertangguh itu pencuri masa

melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.

49

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah.

5

Memacu Produktiviti

68

titik peluh

hasil usaha sendiri

6

Dunia Pelancongan

74

hujan halau mentua pun turun

hujan sebentar sahaja

74

kecil-kecil cili padi

meskipun kecil tetapi bijak atau berani

74

kembang hidung

sombong, berkongsi

 

74

kecil jangan disangka anak besar jangan disangka bapa

pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja

74

kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai

jangan melakukan sesuatu kerja yang berisikoyang kita tidak sanggup / mampu tangani atau hadapi / kalau takut berhadapan denganpenderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah / Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya

75

takkan lari gunung dikejar

membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan berhati-hati

77 / 84

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.

77

jauhari sahaja yang mengenal manikam.

orang yang bijaksana juga mengetahui keelokan ilmu.

77

indah khabar daripada rupa

perkhabaran sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

82

bapa borek anak rintik

anak menurut baka, kelakuan dan lain-lain dari bapanya.

82

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

82

lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang

perbezaan zaman yangberubah mengikut peredaran masa.

82

kera mendapat bunga

Seseorang yang tidak tahu menilai / menghargai pemberian orang lain.

82

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

83

sambil menyelam minum air

sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.

84

jauh berjalan luas pandangan

jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang kita ketahui.

7

Demi Kedamaian

88

sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan dawai juga

sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya

90

bagai itik mendapat air

kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai.

90

kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah

tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

90

kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang.

tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal

90

air tenang jangan disangka tiada buaya

orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut atau tidak berbahaya

98 / 224

anak buah

orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan / pekerja di bawah jagaan kita.

99

seperti telur di hujung tanduk

dalam keadaan bahaya/serba sulit

99

sambil menyelam minum air

sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai

8

Dalam Lipatan Kenangan

106

titik hitam

sejarah atau perkara buruk yang pernah berlaku

106

pisang tidak berbuah dua kali

sekali rugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati

106

yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk

106

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.

112

mata air

orang kesayangan/kekasih

112

jalan tengah

mengambil keputusan yang tidak berat sebelah

9

Sayangi Malaysiaku

117

tanah air

negeri tempat seseorang dilahirkan

121

hidup berjiran membawa bahagia

(bahasa berbudaya)

 

121

sakit sama menyaduh, luka sama menyiuk

sama-sama bertanggungjawab

121

serumpun bak serai, sesusun bak sirih

bersatu padu dalam segala hal.

121

mulut biar manis, hati biar baik

orang yang mulutnya manis mestilah baik juga hatinya.

121

adat pulau limburan pasang

kehidupan manusia hendaklah bantu membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasamelindungi yang lemah.

121

jiran umpama keluarga

(bahasa berbudaya)

10

Bangsa Bugar, Sastera Kekar

141

membuang muka

berpaling ke arah lain untuk mengelakkan orang lain yang tidak disukai.

11

Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa

150

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.

157

di mana ada gula, di situ ada semut

apabila sesuatu tempat mudah mendapat kesenangan atau kemewahandi situlah ramai orang berkumpul.

157

cermat masa banyak, jimat masa sedikit

selalu berhati-hatidalam membelanjakan atau menggunakan sesuatu.

157

besar periuk, besarlah keraknya

kalau pendapatan besar, perbelanjaan pun besar

157

condong diumpil, lemah dianduh

orang yang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan.

157

ke mana perginya layang-layang, talinya ada pada kita

orang yang berhutang itu tidaklah dapat melarikan diri

12

Asli dan Kontemporari

166

air tangan

masakan seseorang

13

Segalanya Bermula disini

180

membuka mata/buka mata

melihat dan meluaskan pandangan/ menyedarkan atau menginsafkan orang lain

14

Sihat dan Bersih Pilihanku

198

panas baran

cepat marah

199

terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa

berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

16

Dipimpin untuk Memimpin

220

malang tidak berbau

kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

222

turun padang

pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb.

 

224 / 98

anak buah

orang yang tergolong dalam sesuatu keluarga/orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan/pekerja di bawah jagaan kita.

 

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!