Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 14: Kata Adjektif (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Perkenalan di alam siber membungakan cinta dalam masa yang singkat lalu mangsa terjebak dalam cinta jarak jauh. Akibat lemas dalam ayat cinta dan janji manis yang amat mempesonakan, mangsa tidak ragu-ragu untuk berkorban wang ringgit dan harta benda asalkan orang yang disayangi dapat segera keluar daripada masalah yang direka. Selalunya penipuan ini lambat disedari, iaitu hanya setelah mangsa mengalami kerugian besar. Peristiwa ditipu bulat-bulat oleh penyangak siber sering terjadi terhadap mangsa yang lurus, pendiam, dan pendek akal.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Jejak Digital Buku Teks
Tingkatan 4,Dewan Bahasa dan Pustaka)
 
 [8 markah]

Post a Comment

0 Comments