Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 13: Kata Majmuk (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan syarahan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Hadirin yang dihormati,
Aktiviti sukan, khususnya sukan air, merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Saya percaya hadirin juga gemar berkelah dan bersantai di badan air seperti di tepi pantai, jeram, dan taman tema air bukan? Namun, selain menghirup udara segar dan berenang di tepi pantai, pernahkah hadirin mengambil bahagian dalam aktiviti sukan air, antaranya termasukkan luncur jet, luncur air, luncur angin, layang- layang, luncur udara, bersnorkel, mahupun selam skuba? Saya yakin bilangan yang pernah mencubanya boleh dikira dengan jari. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri kepentingan sukan air kepada kita.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Menawan Samudera
Buku Teks Tingkatan 4,Dewan Bahasa dan Pustaka)
 
 [6 markah]
 
>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments