Kata Adjektif
- mesra
- berani
Ayat
- Semua peserta larian amal diminta hadir awal untuk memudahkan urusan pendaftaran.
- Kerajaan bakal mewujudkan lebih 2000 peluang pekerjaan dalam bidang pertanian khusus untuk golongan belia.
- Layanan mesra ibu Alif berjaya mengendurkan debaran hati Fiza yang baharu pertama kali bertemu wajah dengan bakal ibu mentuanya.
- “Kamu mestilah berani tegakkan kebenaran walau dalam apa-apa jua situasi sekalipun,” pesan Mak Salmah kepada Razak.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 2 <SOALAN>
Kata Ganda Berentak
Kata Ganda Berentak
- mandi-manda
- lintang-pukang
- gunung-ganang
- huru-hara
Ayat
- Cucu-cucu Datin Zainab gembira mandi-manda dalam kolam buatan yang besar di halaman banglo mewah itu.
- Zamani lari lintang-pukang apabila dikejar anjing gila semasa pulang dari sekolah.
- Malaysia kaya dengan gunung-ganang yang memili pelbagai flora yang unik.
- Keadaan di pasar menjadi huru-hara apabila seorang pesakit mental melepaskan tembakan secara rambang.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 3 <SOALAN>
Kata Kerja Transitif Pasif
Kata Kerja Transitif Pasif
- menyebabkan – disebabkan
- mendapati – didapati
- menjaga – dijaga
- membina – dibina
Ayat
- Shukri gagal dalam peperiksaan disebabkan malas mengulang kaji dan tidak pernah fokus di dalam kelas semasa guru sedang mengajar.
- Saharul didapati tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu berturut-turut disebabkan demam campak.
- Anak-anak Norman dijaga oleh bekas isterinya sementelahan isteri baharunya tidak mahu menerima anak tiri dalam kehidupan rumah tangga mereka.
- Rumah tangga yang dibina oleh Aeril musnah sekelip mata apabila isterinya curang dalam diam-diam.
Ayat
- Sufian dan Suhaimi merupakan kembar tidak iras.
- “Bunga mawar yang merah itu khas untuk Mira,” pesan Zul kepada pembantu peribadinya.
- Balqis tidak hadir ke sekolah kerana cirit-birit.
- Program gotong-royong untuk mengumpul dana itu dianjurkan oleh Persatuan Seniman.
Kata Kerja Transitif Pasif
- dikecapi
- ditonjolkan
- disebabkan
Kata Kerja Tak Transitif
Kata Ganda Penuh
- berdasarkan
- berhasrat
- bersedia
- menjadi
- berganding
- merupakan
- membiru
Kata Ganda Penuh
- akhir-akhir
- masing-masing
- langkah-langkah
- Sejak akhir-akhir ini tindak-tanduk Aeril sangat mencurigakan Wawa tambahan pula suaminya kerap pulang lewat.
- Rumah tangga Damian dan Zarra seperti telur di hujung tanduk kerana masing-masing menongkat tinggi ego dan enggan mengalah.
- Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, Norman mengambil langkah-langkah proaktif dalam menguruskan kehidupan bersama empat orang isterinya agar keharmonian rumah tangga tetap terjamin.
JAWAPAN
LATIHAN MORFOLOGI 7 <SOALAN>
Kata
Kerja
- menutup – Kecuaian Tarmizi yang tidak menutup pintu dapur dengan rapat menyebabkan dua ekor kucing peliharaan kakaknya hilang.
- membeli – Rozana membeli kucing itu dari kedai haiwan di hujung pekan.
Kata
Adjektif
- popular – Nasi kandar merupakan menu popular di negeri Pulau Pinang.
- lembut – Kek yang dibuat oleh ibu sangat lembut dan sedap.
- warganegara – Sebagai warganegara yang mempunyai prinsip, mengundi semasa pilihan raya menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
- tanggungjawab – Menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab semua pihak tanpa mengira usia.
- jati diri – Meskipun melanjutkan pelajaran di luar negara selama bertahun-tahun, namun jati diri Marissa sebagai anak Malaysia tetap terpelihara utuh.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 11 >>> SOALAN
Kata Tugas
- Bermacam-macam - Bermacam-macam juadah disediakan kepada tetamu ketika majlis pertunangan anaknya itu –
- Baharu-baharu - Baharu-baharu belaka baju yang dipakai oleh semua murid tahun satu ketika pendaftaran masuk sekolah.
- Gerai-gerai - Gerai-gerai yang terdapat di tepi sungai itu musnah dibawa arus ketika tebing sungai itu runtuh akibat hujan lebat.
Kata Tugas
- Apabila - Anak-anak muda dinasihatkan sentiasa bertingkah laku baik apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.
- Yang - Baju yang berwarna kuning itu sangat disukai oleh Saleh.
- Akan - Hafiz suka akan motor yang ditunggang oleh rakannya itu.
Kata Terbitan
- Keindahan - Keindahan pemandangan di Gunung Kinabalu menarik minat pelancong untuk mendakinya berulang kali.
- Sukan air - Luncur air merupakan aktiviti sukan air yang popular di negara kita.
- Badan air - Ramai pelancong dari negara Barat suka bersantai di badan air di Pantai Port Dickson.
- Taman tema air - Taman tema air menjadi tumpuan pengunjung untuk bermain pelbagai permainan air disediakan.
- Cinta – Perasaan cinta tanah air perlu dipupuk sejak kecil lagi.
- Singkat – Kita boleh sampai ke bandar itu dalam masa yang singkat jika menggunakan jalan pintas.
- Manis – Penyakit diabetes berpunca daripada orang yang suka makanan manis.
- Ragu-ragu – Umat Islam mulai ragu-ragu untuk membeli daging import apabila terbongkarnya sindiket kartel daging haram di negeri Johor.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 15
>>> SOALAN
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 16 >>> SOALAN
- kerjasama – Ibu bapa memberikan kerjasa yang padu kepada pihak sekolah apabila memenuhi dewan seawal pagi sempena mesyuarat Perstauan Ibu Bapa dan guru (PIBG).
- matahari – Meskipun diberikan kebebasan untuk bermain di luar, Anggerik tetap menginati pesan ibunya untuk pulang ke rumah sebelum matahari terbenam.
- lebuh raya – Angka kemalangan di lebuh raya pasti meningkat apabila tibanya musim perayaan.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 16 >>> SOALAN
- sepak raga – Sepak raga merupakan sakah sebuah permainan popular di kampung.
- tengah hari – Ayah belum pulang wakalupun waktu makan tengah hari hampir tamat.
- anak muda – “Sebagai anak muda yang berwawasan kamu hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama neara di persada antarabangsa,” pesan Haji Marzuki kepada anak buahnya.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 17 >>> SOALAN
Kata Kerja
menjalankan - Sufian menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan selepas keluar dari penjara.
mengaut - Rosman menaikkan harga ayam untuk mengaut keuntungan dengan cepat.
Kata Adjektif
cekal - Fatimah cekal menghadapi dugaan hidup apabila menjadi yatim piatu pada usia yang masih muda.
berani - Fazura berani menggoda suami rakannya sendiri demi kehidupan yang senang dan mewah.
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 18 >>> SOALAN
- warganegara
- jati diri
- tanggungjawab
- kakitangan
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 19 >>> SOALAN
- berwarna-warni
- dahan-dahan
- berjalan-jalan
- layang-layang
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 20 >>> SOALAN
- dan
- serta
- agar
- yang
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 21 >>> SOALAN
- kedua
- sebahagian
- sesetengah
- masing-masing
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 22 >>> SOALAN
- kukuh
- tinggi
- mencecah
- ditutup
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 23 >>> SOALAN
- sukarela
- tengah hari
- kerjasama
- terima kasih
JAWAPAN LATIHAN MORFOLOGI 24 >>> SOALAN
- panas
- tinggi
- putih
- bersih
Di mana kata adjektif
ReplyDeleteada banyak bro
DeleteMohon untuk menggunakan bahan latihan cikgu, ye. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan kepakaran.
ReplyDeleteDipersilakan guna. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
DeleteTerima kasih atas perkongsian cikgu.
ReplyDeleteSama-sama...
DeleteHiii cikgu muzz,cikgu bole post jawapan morfologi 15 ka?
ReplyDeleteKalau boleh tqq yaa
hi , jawapan latihan 9 dan 10 ada tak ya. tq
ReplyDeleteSaya pun nak lat 9 dan lat 10
ReplyDelete