Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 19: Kata Ganda (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Keindahan desa dengan kicauan pelbagai spesies burung berwarna-warni yang terbang bebas di ruang angkasa dan bertenggek di ranting pohon menghijau antara pemandangan alam semula jadi yang begitu mendamaikan. Keunikan sarang burung tempua yang terjuntai di dahan-dahan pokok pula mempunyai tarikan yang tersendiri kerana kekemasan buatannya biarpun hanya menggunakan paruh. Berjalan-jalan sambil menikmati suasana yang mendamaikan membuatkan sesiapa sahaja akan leka. Suasana akan lebih indah apabila menyaksikan sekumpulan anak muda bermain layang-layang ketika angin bertiup kencang.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Sarang Burung Tempua Jadi Tarikan
oleh Noorazura Abdul Rahman, Berita Harian, 20 September 2020)
 
>>>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments