Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 18: Kata Majmuk (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Setiap tahun pada 31 Ogos, warganegara Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Sambutan ini boleh melahirkan jati diri dalam kalangan masyarakat. Seperti kebiasaannya, sambutan Hari Kebangsaan dimulakan dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sebagai menandakan bermulanya kempen sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran di seluruh negara. Pada tahun ini, pemilihan tema Malaysia Prihatin untuk sambutan Hari Kebangsaan telah memberikan makna mendalam kepada rakyat Malaysia keseluruhannya kerana negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mengibarkan Jalur Gemilang di depan rumah masing-masing. Kakitangan kerajaan dan swasta juga perlu melakukan perkara yang sama di pejabat masing-masing.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Keadilan dan Kesamarataan
oleh Mohd Zaini Othman, Harian Metro, 6 Ogos 2020)
 
>>>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments