Baca petikan di bawah dengan
teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Usahawan dalam kalangan remaja bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Pada hari ini, sesiapa sahaja yang berani dan cekal
boleh menjadi usahawan
tanpa mengira usia dan jantina.
Hal ini didorong oleh kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi yang membolehkan sesiapa
sahaja yang ingin menjalankan perniagaan dan mengaut keuntungan tanpa batasan menerusi perniagaan
secara dalam talian. Banyak remaja di dunia ini yang bergelar jutawan. Kejayaan luar
biasa mereka menjadi inspirasi banyak orang.
(Dipetik dan diubah suai daripada usahawan Remaja Berjiwa Kental,
oleh Fadhli Ali,
Dewan Siswa, Mei 2020)