Latihan Karangan Domain Awam: Peranan Keluarga Tangani Masalah Sosial Remaja

Cikgu Muzz
By -
0
 

KARANGAN DOMAIN AWAM
Remaja adalah tonggak ke­pimpinan serta masa hadapan negara. Mereka merupakan generasi yang akan membentuk negara nanti. Walaubagaimanapun, banyak isu sosial yang melibatkan para remaja di negara sehingga ada yang melupakan adab dan me­nganggap perbuatan mereka sebagai perkara biasa. Jika masalah sosial ini tidak dibendung atau ditangani dengan kadar segera, lebih banyak lagi masalah atau isu-isu sosial akan dibangkitkan nanti. Baru-baru ini pula, tular di media sosial memaparkan pelajar membuang buku ke sungai, menconteng pakaian dengan kata-kata kesat kepada guru. Apakah yang membuatkan mereka cenderung untuk me­lakukan perkara sebegitu, adakah mereka fikir itu merupakan antara salah satu cara untuk melepaskan tekanan yang dilalui.
 
(Dipetik daripada ‘Isu Remaja Rebel Serius’ oleh
Syed Mohd Hazique Syed Nor, Kosmo)

Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak.  Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Baca contoh karangan di bawah. Betulkan kesalahan-kesalahan yang ditandakan dengan warna merah. Anda digalakkan mengubah suai contoh karangan ini untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih mantap.

 
Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan pemimpin muda generasi depan. Perlakuan sosial yang negatif ini boleh menyebabkan keruntuhan masa depan remaja sekiranya tidak ditangani. Oleh itu, terdapat beberapa peranan keluarga yang perlu diambil bagi menangani masalah ini.
 
Peranan keluarga pertama yang perlu diambil ialah ibu-bapa mestilah mengetuai dan mengenai pasti masalah yang dihadapi oleh anak serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja memerlukan sokongan dan pemerhatian supaya dapat menangani masalah.  Sebagai contoh, sebanyak remaja berasa tertekan oleh rakan sebaya untuk mengikut perlakuan negatif. Oleh itu, komunikasi yang kerap daripada ibu-bapa dapat menolong remaja menyatakan perasaan mereka dan bahawa mereka memerlukan pertolongan ibu-bapa. Tegasnya, mengetuai dan mengenai pasti masalah yang dihadapi oleh anak serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut merupakan peranan yang perlu diambil bagi menangani masalah ini.
 
Selain itu, peranan keluarga yang perlu diambil  ialah adik-beradik serta saling menyokong antara sama satu lain. Hal ini dikatakan demikian kerana adik-beradik seperti abang dan kakak merupakan kawan rapat dan peneman antara anak-anak. Oleh itu, mereka dapat memahami segala perjuangan yang sedang dihadapi oleh adik-beradik. Sokongan adik-beradik membantu mereka memperoleh keyakinan dan (kebebasan yang membawa kepada peningkatan harga diri). Ringkasnya, adik-beradik serta saling menyokong antara sama satu lain merupakan peranan yang perlu diambil bagi menangani masalah ini.
 
Seterusnya, peranan keluarga yang perlu diambil ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu menetapkan hubungan antara sama satu lain supaya dapat menangani masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli keluarga dapat menyedari masalah anak-anak sedang mendalami apabila menetapkan hubungan rapat dengan ahli guru sekolah.  Pertemuan yang lebih kerap antara ahli keluarga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Sementelah menyedari masalah ini, ahli keluarga dapat menyokong langkah mengatasi masalah perlakuan negatif. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang di peringkat sekolah dan program kaunseling. Hal ini dapat membantu remaja mengatasi masalah mereka. Tegasnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu menetapkan hubungan antara sama satu lain merupakan peranan yang perlu diambil bagi menangani masalah ini.
 
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan keluarga yang perlu diambil bagi menangani masalah ini supaya remaja dapat dibantukan. 
 
 
 


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!