Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Sukan merupakan kegiatan yang menyeronokkan, mencabar dan memerlukan kemahiran yang cekap, ketangkasan yang pantas serta tenaga yang tinggi. Terdapat pelbagai jenis sukan termasuklah bola sepak, olahraga, badminton, hoki, dan bola tampar yang sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Impak positif sukan kepada seseorang ialah diri akan berasa puas apabila melakukan aktviti sukan yang digemari. Kepuasan ini tercapai kerana aktiviti sukan memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan seseorang itu menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai bersukan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
“Kebaikan Menyertai Aktiviti
Sukan”,
oleh Ivan Avannus Jacob Jimbangan, Dewan Siswa, Mac
2020)
hai, ada skema jawapan tak
BalasPadam