Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Perkhidmatan Menulis



PERKHIDMATAN MENULIS 
Kami menyediakan beberapa perkhidmatan menulis dalam Bahasa Melayu 

PERKHIDMATAN MENULIS ARTIKEL
Jika anda memerlukan bantuan penulisan artikel umum tentang sesuatu isu, kami menyediakan perkhidmatan menulis artikel dengan harga RM20 bagi setiap 100 patah perkataan. Perkhidmatan ini hanya terhad kepada penulisan dalam Bahasa Melayu sahaja.
 
PERKHIDMATAN MENULIS ARTIKEL ILMIAH
Kami juga menyediakan khidmat menulis artikel ilmiah beserta rujukan untuk penulisan laporan kerja kursus pengajian ijazah sarjana muda dan sarjana dengan harga RM50 untuk satu muka surat menggunakan font Arial, saiz 11, spacing 1.5 dengan anggaran 350 patah perkata bagi satu muka surat. Perkhidmatan ini hanya terhad kepada penulisan dalam Bahasa Melayu sahaja. Hanya tajuk artikel yang sesuai dengan kepakaran penulis sahaja yang akan diterima, iaitu bidang bahasa dan sastera, sains sosial, pendidikan, kurikulum dan isu umum. Sila hubungi kami untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
 
PERKHIDMATAN PROOFREADING
Perkhidmatan membaca dan  menyemak serta mengedit sesebuah penulisan dari aspek ejaan, tatabahasa, tanda baca, gaya bahasa sahaja. Pembaca pruf tidak akan membetulkan struktur ayat. Harga untuk proofreading Cuma RM5 untuk satu muka surat. Perkhidmatan ini hanya terhad kepada penulisan dalam Bahasa Melayu sahaja.
 

Semua aktiviti penulisan dengan nilai RM50 ke bawah hanya akan dibuat selepas menerima bayaran. Bagi kerja penulisan melebihi RM50 bayaran pendahuluan sebanyak 50% hendaklah dibuat terlebih dahulu. Bayaran hendaklah di buat ke akaun Maybank yang akan diberikan. Pembayaran juga diterima menerusi Paypal. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan penulisan bergantung kepada prospek tugasan itu sendiri. Hasil penulisan akan diserahkan menerusi e-mel dalam format PDF dan Microsoft Word selepas pelanggan membayar baki 50% bayaran.

Proses kerja bermula dengan tempahan. Kemudian, kami akan sediakan draf penulisan dan dihantar untuk semakan pelanggan. Seterusnya, kerja-kerja penulisan lengkap akan dilaksanakan. Berikutnya, hasil penulisan akan dihantar kepada pelanggan untuk semakan. Akhir sekali, setelah menerima baki 50% bayaran draf terakhir akan diserahkan kepada pelanggan selepas menjalani semakan dan suntingan terakhir. 

Sebarang pertanyaan boleh langsung diajukan menerusi e-mel: engkumuzahadin@yahoo.com