Latihan Karangan Domain Kerjaya: Usaha Mencapai Cita-Cita

Cikgu Muzz
By -
0
 

KARANGAN DOMAIN KERJAYA
Keputusan akademik yang baik tidak memadai, sebaiknya ia perlu digemblengkan dengan minat, cita-cita dan hobi sebelum memilih kursus bagi melanjutkan pengajian di menara gading. Nasihat itu diberikan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.  Setiap keputusan akademik mesti digabungkan dengan minat, cita-cita atau hobi seseorang calon yang berhasrat untuk mengikuti sesuatu kursus peringkat pengajian tinggi sebelum melangkah ke alam kerjaya.

(Dipetik daripada ‘Antara Kelulusan Akademik dan Cita-Cita’,
oleh Fahmy A Rosli, Berita Harian)
 
Setiap individu mempunyai wawasan untuk mencapai cita-citanya. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita anda. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Baca contoh karangan di bawah. Betulkan kesalahan-kesalahan yang ditandakan dengan warna merah. Anda digalakkan mengubah suai contoh karangan ini untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih mantap.


Setiap individu mempunyai wawasan untuk mencapai cita-citanya. Kerjaya yang dipilih menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Untuk mencapai hasrat ini, beberapa usaha perlu dilakukan untuk menrealisasikanya. Sebagai contoh, cita saya sendiri ialah untuk menjadi penulis novel yang terkenal. Tetapi untuk menrealisasikan cita ini, terdapat beberapa usaha yang perlu saya ambil untuk mencapai kerjaya impian saya. 
 
Persediaan pertama yang perlu saya ambil untuk mencapai cita saya ialah belajar bersungguh-sungguh. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, saya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar di kelas. Selain itu, saya akan menggunakan masa peluang untuk mengulang kaji. Sekiranya saya tidak faham topik pelajaran tersebut, saya akan bertanya kepada guru. Hal ini kerana persediaan yang rapi sebelum peperiksaan merupakan titik permulaan untuk mendapat keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran supaya mencapai cita saya. Tegasnya, belajar bersungguh-sungguh merupakan usaha yang pertama untuk mencapai
cita saya.
 
Seterusnya, usaha yang perlu saya ambil ialah meningkatkan keilmuan saya. Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat meluaskan pengetahuan bagaimana untuk mencapai cita saya. Sementelah merupakan sebagai cara persediaan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang berkaitkan dengan impian saya. Sebagai contoh, hal ini boleh dilakukan dengan membaca di pelbagai platform sama ada buku rujukan atau media elektronik. Ringkasnya, meningkatkan keilmuan merupakan usaha yang perlu saya ambil untuk mencapai cita saya.
 
Selain daripada itu, persediaan yang perlu saya ambil untuk mencapai cita saya ialah lakukan perancangan tindakan. Hal ini dikatakan demikian kerana rancangan tindakan merupakan hala tujuan berkesan untuk mencapai matlamat kerjaya impian saya mengikut keutamaan. Sebagai contoh, nilai semula dan lakukan pembaikan pada senarai jadual tindakan anda dari semasa ke semasa. Hal ini penting untuk memastikan matlamat saya tercapai seperti yang saya tetapkan. Tegasnya, perancangan tindakan merupakan usaha yang perlu saya ambil untuk mencapai cita saya.
 
Konklusinya, beberapa usaha merupakan persediaan yang perlu saya ambil supaya mencapai cita-cita saya sendiri untuk menjadi penulis novel yang terkenal. 

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!