Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Berlaku kebanjiran iklan dalam media sosial yang memperkenalkan pelbagai jenis produk termasuklah kosmetik, makanan kesihatan, aksesori serta pelbagai barangan keperluan diri dan rumah. Lambakan iklan ini menimbulkan pelbagai reaksi oleh pengguna terutamanya mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap isu pengiklanan palsu di media massa. Dalam perniagaan, iklan memainkan peranan yang amat penting kerana memberikan banyak faedah. Namun, iklan mampu membuatkan pengguna menjadi boros ketika berbelanja. Banyak pengguna membeli sesuatu barang atau menggunakan sesuatu perkhidmatan kerana dipengaruhi oleh iklan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
“Elak Jadi Mangsa Iklan Dusta”,
oleh Zila Nor,
Dewan Masyarakat, Februari 2020)