Resensi Novel Naara Karya Muna Mahira

Cikgu Muzz
By -
0
 

Judul: Naara
Penulis: Muna Mahira
Penerbit: Permata Hiraaz Sdn. Bhd.
Tahun: Julai 2017
Bilangan Halaman: 420 muka surat
 
Ulasan:
Jarang kita membaca novel yang memaparkan sisi watak utama perempuannya dalam aura garang, namun dalam Naara kita dihidangkan dengan watak utama, iaitu Nur Inaara dalam sisi beku dan dingin. Semuanya bersebab. Prolog dihidangkan dengan kisah si teman lelaki yang curang. Namun, jauh sekali untuk seorang Inaar untuk meraung atau menarik rambut si perempuan, bahkan menampar pipi si lelaki. Inaara hanya tertawa sinis dan melangkah pergi.

Berbeza dengan novel lain yang menghuni pasaran yang menjaidkan kerjaya hebat sebagai latar penceritaan, Inaara cuma bekerja di kilang sahaja, cumanyajawatan yang disang sebagai pengurus mengangkat darjat si watak utama. Inaara anak sulung. Satu-satunya perempuan dalam keluarga. Adik-adiknya semua lelaki. Semuanya sudah besar panjang. Inaara tinggal bersama-sama keluarga. Ada ibu. Cuma tidak sebumbung dengan si bapa walaupun dia ada.

Usia yang meningkat. Buah mulut masyarakat. Kata-kata yang kesat. Pertanyaan ibu yang sentiasa menghambat. Semua ini memaksa Inaara untuk mengajak mamat kilang yang baharu bekerja di situ. Usia mereka berbeza lebih kurang lima tahun. Namun, wajah comel  dan tubuh genit Inaara menutup usia sebenarnya. Akid Zulfan disunting Inaara untuk menjadi suami. Siap dijanjikan bonus bulanan kepada lelaki itu.
 
Tetapi soalan utamanya, siapakah Akid Zulfan? Adakah keputusan Inaar yang cepat itu merupakan tindakan bijak? Apatah lagi bekas kekasih yang curang kembali hadir di hadapan mata? Belum lagi konflik keluarga yang onarnya adalah keluarga tiri yang disokong oleh si bapa sendiri... NAARA mengungkap kisah realiti kehidupan masyarakat dengan cukup seimbang untuk bacaan semua peringkat umur masyarakat.
 
Kesimpulan:


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!