Baca petikan di
bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu
ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Keluarga bahagia teras keluarga cemerlang. Jika seisi keluarga mengecap
kesenangan dan kebahagiaan sudah pasti
pertelingkahan rumah tangga dapat dihindarkan. Ibu bapa yang bersatu
dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Permuafakatan dalam kalangan anggota
keluarga dapat menjamin kerukunan dan kedamaian rumah tangga. Keluarga yang hidup aman damai juga mengutamakan gaya hidup
sihat. Lazimnya, mereka
akan mengamalkan pemakanan
seimbang serta beriadah
secara konsisten agar setiap ahli keluarga
sihat sepanjang hayat.
(Dipetik dan diubah suai daripada Pentingnya Keluarga Bahagia
oleh Thaarmaaraj Ramanathan,
Dewan Siswa, April 2020)
>>>>> Jawapan