Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 21: Kata Bilangan (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata bilangan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Obesiti dapat ditakrifkan sebagai kegemukan yang disebabkan oleh lemak yang berlebihan. Masalah ini telah melanda rakyat Malaysia sejak sekian lama. Obesiti dijangka menjadi punca kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung. Oleh itu, kita haruslah mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebahagian daripada masyarakat tidak cakna mengenai obesiti dan enggan menuruti segala saranan Kementerian Kesihatan mengenai gaya hidup sihat. Sesetengah masyarakat lebih selesa mengamalkan gaya hidup yang diwarisi oleh keluarga masing-masing.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Obesiti, Di Manakah Silapnya?
oleh Ayu Indasari Razali, Dewan Siswa, Mei 2020)
 
>>>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments