Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 22: Kata Kerja & Kata Adjektif (Tatabahasa SPM KSSM)



Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Harga minyak sawit mentah (MSM) berpotensi mencecah paras RM6,000 satu tan dalam tempoh terdekat disokong asas yang kukuh ketika ini, demikian kata peniaga. Kontrak niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tinggi baharunya semalam pada RM5,667 satu tan bagi kontrak April berikutan berita mengenai pengurangan duti import MSM oleh India kepada lima peratus daripada 7.5 peratus. 

(Dipetik daripada ‘Harga Minyak Sawit Boleh Cecah
RM6000, Satu Tan’ oleh Mahanum Abdul Aziz, Berita Harian)
>>>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments