Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 23: Kata Majmuk (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Oleh sebab bimbang akan penularan wabak penyakit, warga Sekolah Kebangsaan Sinderut telah mengadakan gotong-royong membersihkan kampung orang asli di situ. Kerja-kerja sukarela itu dilakukan untuk memastikan kebersihan di kawasan kampung terjaga. Sambutan ibu bapa dan murid begitu luar biasa terhadap program yang dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. Sebelum majlis itu berakhir, guru besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat di kampung itu.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Murid, Guru Gotong-royong Bersihkan Kampung
oleh Roselan Ab Malek, Berita Harian, 8 Januari 2020)
 
>>>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments