Baca petikan di
bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata
majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu
ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Sebagai
warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya terletak
pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah diterapkan sejak
bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat segelintir
rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut
melalui laman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan
terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa
kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita bersama.
(Dipetik dan
diubah suai daripada ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’
oleh Nurul
Muhaminah Dewan Masyarakat, bil 2/2017)
[6 markah]
assalamualaikum cikgu
BalasPadamblh share soalan dan jawaban
BalasPadamAssalammualaikum Cikgu Muiz, saya mohon untuk panjangkan latihan ini kepada anak murid saya. Semoga Allah memberkati usaha cikgu dan membalasnya dengan pahala berlipat kali ganda.
BalasPadamWaalikumsalam, cikgu. Dipersilakan cikgu. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan Moga mendapat kebaikan bersama...
PadamAssalamualaikum cikgu. Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik..saya hanya guru praktikum yang perlu pendedahan sebegini.. halaman cikgu menjadi antara rujukan utama untuk saya. Terima kasih lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat 😊
BalasPadamWaalaikumsalam cikgu. Terima kasih kerana singgah di blog saya. Tahniah kerana menjadi sebahagian daripada warga pendidik di negara kita!
PadamHi cikgu atas punya jawapan tade cikgu
PadamAda, sudah dikemas kini sehingga latihan terkini.
Padamhaii cikgu saya richman tengah prepare bm k2 hehehe
BalasPadamGood luck!
Padam