Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Morfologi 7: Kata Kerja & Kata Adjektif (Tatabahasa SPM KSSM)



Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 
Pemakaian tanjak atau turut dikenali sebagai tengkolok dan destar kini semakin popular dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda. Tanjak yang paling mendapat sambutan adalah tanjak Mahkota Alam kerana sejarahnya dan material kain yang digunakan lebih lembut. Pemakaian tanjak yang disarankan ialah ketika seseorang individu itu menutup aurat. “Kalau diikutkan dalam semua perbuatan kita, perlu menjaga adab sopan orang Melayu. Sebab itu jika ada pelancong dari luar negara yang ingin membeli tanjak ini, saya turut berpesan kepada mereka,” kata Iskandar, pembuat tajak dari Johor Bahru.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tanjak Laris Menjelang Aidilfitri’ oleh
Farah Shazwani, Sinar Harian.)

[8 markah]


Post a Comment

0 Comments