Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 4: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)




Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
 
Campur tangan di Perak bermula akibat masalah perlumbaan takhta kerajaan Perak antara Sultan Abdullah dan Sultan Ismail. Sultan Abdullah telah bertindak dengan cuba meminta tolong dan sokongan daripada pihak British. Perjanjian Pangkor berjaya ditandatangani pada 20 Januari 1874 dan Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak. Kesannya Sistem Residen diperkenal oleh pihak British yang kononnya bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Perak di dalam urusan pentadbiran negeri. Residen pertama yang pihak British lantik untuk menjawat jawatan residen ialah JWW Birch. Sir Andrew Clark menyatakan bahawa Birch merupakan calun yang paling layak kerana beliau pernah bertugas sebagai pegawai British di Ceylon sebelum ini. Malangnya kemasukan Birch di Perak sebagai residen tidak di senangi dalam kalangan orang Melayu. Hal ini berpunca daripada pertukaran yang dilakukan oleh beliau di Perak seperti isu dihambakan dan peraturan tanah.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perancangan Pembunuhan JWW Birch’
oleh Wan Mohd Rahimi Rahim Dewan Siswa, Januari 2016)
 
[13 markah]

Post a Comment

0 Comments