Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 7: Subjek & Predikat (Tatabahasa SPM KSSM)

 


Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : ___________________________________________
Predikat : __________________________________________
 
Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensi di Asia. Industri pelancongan ini menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara. Industri-industri lain pula berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Industri Pelancongan Di Malaysia’ tourismahmadzamane.wordpress.com)
 
[6 markah]

Post a Comment

0 Comments