Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 8: Ayat Tanya (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang bergaris.
 
Perhimpunan rasmi biasanya dijalankan di dewan sekolah pada hari pertama persekolahan setiap minggu. Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi. Perhimpunan rasmi sekolah dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid. Perhimpunan ini dapat menanam semangat patriotik melalui nyanyian lagu Negaraku. Para guru dan murid wajib berdiri tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan. Selain itu, perhimpunan rasmi diadakan untuk membudayakan kemahiran mencatat dan kemahiran mendengar ketika guru menyampaikan amanat.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Perhimpunan Sekolah
Terhadap Pelajar’ oleh Teo Eileen Dewan Siswa, bil 12/2018)
 
[6 markah]

Post a Comment

0 Comments