Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 9: Ayat Songsang (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
 
Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalam bidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Ayuh, Jadilah Usahawan!
Oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim Dewan Siswa, Bil 7/2019)
 
[6 markah]

Post a Comment

0 Comments