Jawapan Latihan Sintaksis; Tatabahasa SPM KSSM

Cikgu Muzz
By -
1

 


JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 1 <SOALAN>
    1. Pada hari bekerja atau hujung minggu – Bilakah senaman boleh dlakukan oleh setiap orang?
    2. Sama ada di rumah atau di pusat kecergasan seperti gimnasium – Di manakah senaman boleh dilakukan?
    3. Setiap individu digalakkan melakukan senaman – siapakah digalakkan melakukan senaman?
    4. Melalui disiplin diri pada setiap hari – Bagaimanakah senaman boleh menjadi rutin dalam kehidupan?
    5. Menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh teladan – Bagaimanakah ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan senaman?
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 2 <SOALAN>
    1. Untuk mengungkapkap fikiran – FSN
    2. Menunjukkan keupayaan dalam mengungkapkan isi kandungan yang pelbagai – FK
    3. Semakin tinggilah kedudukan bahasa tersebut di mata masyarakat – FA
    4. Peningkatan martabat bahasa – FN
    5. Memerlukan perancangan yang rapi – FK
    6. Amat penting demi memartabatkan bahasa – FA
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 3 <SOALAN>
    1. Kita / sering didedahkan dengan laporan media arus perdana tentang kemelut kenaikan harga barangan secara berterusan. 
    2. Kemelut ini / boleh menjadi beban kepada anggota masyarakat.
    3. Situasi sedemikian / menyebabkan golongan berpendapatan rendah terpaksa berjimat cermat atau ikat perut.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 4 <SOALAN>
    1. Persoalannya, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah obesiti? – Ayat Tanya
    2. Terdapat pelbagai cara mengatasi masalah berat berlebihan dan obesiti. – Ayat Penyata
    3. Jangan makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi gula dan lemak yang banyak. – Ayat Perintah
    4. Wahai ibu bapa, jagalah pemakanan anak-anak! – Ayat Seruan
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 5 <SOALAN>
    1. Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. – FN + FN
    2. Sarapan membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan harian. FN + FK
    3. Ramai orang ke restoran atau warung pada waktu pagi untuk bersarapan.  FN + FSN
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 6 <SOALAN>
    1. Persembahan makyung yang sungguh unik dapat disaksikan oleh penulis.
    2. Persembahan seni tradsional makyung dihadiri oleh ramai penonton yang berlangsung pada pukul 8:30 malam.
    3. Bantuan daripada pihak yang berwenang diperlukan oleh penggiat makyung untuk mempromosikan makyung.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 7 <SOALAN>
    1. Malaysia / merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensi di Asia.
    2. Industri-industri lain pula / berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
    3. Industri pelancongan ini / menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 8 <SOALAN>
    1. Di manakah perhimpunan rasmi biasanya diadakan?
    2. Bilakah perhimpunan rasmi biasanya dijalankan?
    3. Apakah yang dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid?
    4. Siapakah yang diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi?
    5. Bagaimanakah perhimpunan ini dapat menanam semangat patriotik?
    6. Mengapakah perhimpunan rasmi diadakan?
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 9 <SOALAN>
    1. Wajar diterokai oleh golongan remaja bidang keusahawanan.
    2. Boleh menceburi bidang tersebut remaja yang melanjutkan pengajian di institu pengajian tinggi.
    3. Perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini ibu bapa.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 10 <SOALAN>
      1. Sudah bertahun-tahun lamanya Maizurah menetap di luar negara.
      2. Dia tidak terpengaruh oleh budaya Barat.
      3. Budaya Barat bertentangan dengan kesantunan masyarakat ketimuran.
      4. Dia senantiasa menyatakan sesuatu.
      5. Budi pekerti amat penting di kampung.
      6. Budi pekerti amat penting di bandar.
      7. Maizurah menjelaskan sesuatu.
      8. Dia menerima hakikat tinggal seorang diri tanpa ahli keluarga di sisinya.
      9. Perkara itu tidak mudah.
      10. Pelbagai cabaran perlu dihadapi ketika berada di luar negara.
      11. Pelbagai dugaan perlu dihadapi ketika berada di luar negara.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 11 <SOALAN>
      1. Apakah ciri-ciri pemimpin idaman anda? – Ayat Tanya
      2. Antara ciri pemimpin saya ialah prihatin dan berjiwa rakyat. – Ayat Penyata
      3. Tolonglah turun padang, berjumpa rakyat seperti kami.- Ayat Perintah
      4. Ambil tahu tentang keperluan kami. – Ayat Perintah
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 12 <SOALAN>
      1. Caklempong /  merupakan alat muzik tradisional yang tergolong dalam kehidupan keluarga gong yang berukuran kecil.
      2. Alat ini / diperbuat daripada gangsa menggunakan teknik acuan.
      3. Permainan caklempong kini / dimainkan dalam upacara perkahwinan, perasmian majlis dan keraian.
      4. Orkestra / turut mengiringi sesebuah persembahan permainan caklempong berskala besar.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 13 <SOALAN>
      1. Ramai orang beranggapan meminum air sejuk tidak elok kerana air sejuk boleh menyebabkan kegemukan.
      2. Badan secara automatik akan meningkatkan suhu air di dalam perut apabila seseorang minum air sejuk.
      3. Meminum air sejuk tidak menyebabkan kegemukan tetapi berpunca daripada kesalahan cara  pemakanan seseorang.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 14 <SOALAN>
      1. Kulit epal mempunyai khasiat tinggi.
      2. Khasiat kulit epal lebih tinggi daripada isi buah epal.
      3. Kulit epal sangat kaya dengan pelbagai vitamin.
      4. Kulit epal tinggi antioksidan.
      5. Khasiat kulit epal sangat besar kepada kesihatan tubuh badan.
      6. Khasiat kulit epal mampu membantu mencegah kanser.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 15 <SOALAN>
      1. Di manakah lokasi kilang penyelenggaraan jentera yang menyebabkan pencemaran bau?
      2. Bilakah kilang tersebut beroperasi?
      3. Apakah kesan akibat pencemaran bau itu?
      4. Apakah tindakan pihak berkuasa apabila kilang terbabit dikesan beroperasi sejak enam tahun lalu?
      5. Apakah yang telah dilakukan oleh kilang itu di kawasan premis mereka?
      6. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa apabila kilang tersebut gagal mengemukakan bukti?
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 16 <SOALAN>

Ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk belajar dan selepas tamat belajar mereka bekerja di sana. Pendapatan mereka di sana sungguh lumayan kerana nilai mata wang Australia lebih tinggi daripada Malaysia, maka mereka teruja bekerja di sana. Terdapat rakyat Malaysia memohon kerakyatan Australia setelah mereka hidup selesa di sana walaupun mereka mempunyai ramai ahli keluarga di Malaysia.

JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 17 <SOALAN>
      1. Masalah merokok dalam kalangan murid lelaki meningkat.
      2. Murid  perempuan yang merokok semakin meningkat.
      3. Pelbagai program kesedaran tentang bahaya merokok nampaknya tidak berkesan.
      4. Peratusan murid merokok semakin bertambah.
      5. Mereka semakin berani merokok di khalayak ramai.
      6. Mereka berani merokok dengan memakai pakaian uniform sekolah.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 18 <SOALAN>
      1. Di manakah sampah dibuang secara terbuka?
      2. Berapa lamakah isu ini berlarutan?
      3. Apakah akibatnya kepada penduduk?
      4. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa?
      5. Mengapakah masih wujud individu yang membuang sampah di kawasan tersebut?
      6. Apakah yang dapat membentuk insan untuk lebih bertanggungjawab?
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 19 <SOALAN>

Sarah memberitahu Adilah bahawa dia akan berangkat ke Kuala Terengganu pada petang itu. Adilah bertanyakan Sarah tempoh dia akan berada di sana. Sarah mengatakan bahawa dia akan berada di sana selama seminggu jika tugasnya dapat disiapkan tetapi jika kerjanya tidak selesai mungkin akan berlanjutan seminggu lagi. Adilah menasihati Sarah agar memandu kereta dengan berhati-hati kerana ketika itu musim hujan. Sarah meminta Adilah supaya tidak risau kerana dia seorang pemandu yang berhemah. Adilah turut mengingatkan Sarah agar menelefonnya apabila dia telah sampai di tempat kerjanya itu.

JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 20 <SOALAN>
      1. Apakah yang akan diadakan oleh Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Hari Angkatan Tentera?
      2. Bilakah tarikh sambutan itu?
      3. Di manakah sambutan akan diadakan?
      4. Apakah tema sambutan tersebut?
      5. Apakah tujuan diadakan majlis tersebut?
      6. Siapakah tetamu kehormat dalam majlis tersebut?
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 21 <SOALAN>
      1. Kos melancong di luar negara mahal tetapi melancong di dalam negara lebih murah malahan dapat membantu ekonomi negara berkembang kerana banyak pekerjaan dapat diwujudkan.
      2. Kebanyakan rakyat Malaysia suka dan berasa bangga pergi bercuti ke luar negara sedangkan pelancong asing suka datang ke negara kita.
      3. Mereka memuji keindahan negara kita yang kaya dengan flora dan pelbagai spesies fauna.
JAWAPAN LATIHAN SINTAKSIS 22 >>> SOALAN
      1. FN + FA
      2. FN + FN
      3. FN + FK
      4. FN + FA
      5. FN + FS
      6. FN + FK

Post a Comment

1Comments

  1. Terima kasih menubuhkan blogspot untuk murid-murid SPM KSSM.Blogspot ini telah banyak membantu saya dalam menghadapi peperiksaan.Teruskan update!!!:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!