Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 1: Ayat Tanya (Tatabahasa SPM KSSM)

 


Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang tepat bagi frasa yang bergaris. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Senaman boleh dilakukan oleh setiap orang sama ada pada hari bekerja atau hujung minggu. Senaman boleh dilakukan sama ada di rumah atau di pusat kecergasan seperti gimnasium. Setiap individu digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman secara konsisten dapat menjadikan tubuh badan menjadi cergas. Senaman boleh dijadikan rutin dalam kehidupan seseorang melalui disiplin diri pada setiap hari. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan senaman dengan menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh teladan.

 

(Sumber: Internet)

[6 Markah]

>>> Jawapan 

Post a Comment

0 Comments