Karangan Domain Pendidikan: Ciri-Ciri Kantin Yang Baik

Cikgu Muzz
By -
3

 


KARANGAN BAHAGIAN B: DOMAIN PENDIDIKAN
IPOH: Media semalam melaporkan seramai 17 murid SK Manjoi 2, Ipoh mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan di kantin sekolah itu. Difahamkan, 10 murid perempuan dan tujuh murid lelaki Tahun Empat, Lima dan Enam mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan nasi goreng ketika waktu rehat di kantin sekolah jam 9.30 pagi.

                                         (Keracunan Makanan: Kantin SK Manjoi Ditutup Sementara oleh Muhammad Apendy Issahak, MyMetro)

Petikan berita di atas berkaitan dengan kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akibat daripada tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Bincangkan ciri-ciri sebuah kantin sekolah yang baik. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

            Terdapat pelbagai faktor yang menjadi asbab seseorang murid gemar ke sekolah. Antaranya untuk menimba ilmu pengetahuan, mempunyai wawasan dalam kehidupan, suka akan seseorang guru atau mata pelajaran, dan tidak ketinggalan disebabkan ingin bertemu rakan-rakan. Tahukah anda, bahawa kantin sekolah juga boleh menjadi punca seseorang murid gemar ke sekolah? Ya, kantin sekolah yang mempunyai ciri-ciri yang baik mampu memancing anak-anak khususnya murid sekolah rendah untuk hadir ke sekolah saban hari. Hal ini demikian kerana di sinilah murid melepaskan lelah dengan bersantai sambil menikmati juadah. Malah, tidak keterlaluan seandainya kantin sekolah juga diibaratkan sebagai lokasi pertemuan dan terjalinnya silaturahim yang dinamakan sebagai persahabatan. Persoalannya, apakah ciri-ciri kantin  sekolah yang baik?

            Salah satu ciri kantin sekolah yang baik ialah mempunyai persekitaran yang bersih dan ceria. Sebagai suatu tempat yang dikhususkan untuk makan dan minum, kantin mestilah bersih daripada sampah-sarap. Sampah di dalam tong sampah di sekitar kantin hendaklah sentiasa dikosongkan. Hal ini bertujuan supaya tidak ada bau-bauan yang tidak enak ketika menjamu selera. Di samping itu, sisa makanan di atas meja juga perlu dibersihkan. Meja makan tidak boleh melekit dan hendalah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Hal ini bertujuan memberikan keselesaan kepada murid ketika menikmati makanan dan minuman. Pengusaha kantin yang kreatif akan mengambil inisiatif untuk mewujudkan suasana kantin yang ceria. Kombinasi warna-warna cat yang ceria di samping poster-poster berkenaan adab ketika makan dan kepentingan makanan seimbang boleh menjadikan kantin sebagai lokasi serampang dua mata, iaitu memberikan informasi tambahan kepada murid sambil bersantai di ruang berkenaan. Tegasnya, mempunyai persekitaran kantin yang bersih dan ceria merupakan antara ciri kantin sekolah yang baik.

Cadangan isi karangan untuk tema ciri kantin yang baik:

  1. Persekitaran kantin yang bersih dan ceria.
  2. Layanan yang mesra daripada pekerja kantin.
  3. Hidangan makanan yang pelbagai dan berkhasiat.
  4. Harga makanan dan minuman yang berpatutan.

Berdasarkan contoh perenggan isi di atas dan isi-isi karangan yang telah dicadangkan, tulis dua lagi perenggan isi anda sendiri. Pastikan perenggan isi anda mengandungi ayat isi, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.

Tags:

Post a Comment

3Comments

  1. huraian yangg mantapp👍🏻

    ReplyDelete
  2. AnonymousJuly 03, 2022

    Eh nice la huraian di tetap kan di atas. Tapi kecewa sikit la kerana dua huraian missing iaitu penegasan and penutup. Tapi takpe saya saya cuma menjawab. Terimakasih Cikgu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!