Nota Pintar 7 Dalam 1 Novel Justeru Impian Dijaring

Cikgu Muzz
By -
0

 


Soalan novel dalam pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 3 dimuatkan dalam Kertas 1. Soalan ini terletak pada Bahagian B. Soalan nombor tiga dan terakhir dalam Bahagian B ini memperuntukkan 10 markah. Pembahagian markah ialah 6 markah untuk isi dan 4 markah untuk bahasa. Calon hanya perlu mengemukakan tiga isi beserta contoh yang sesuai untuk memperoleh markah penuh bagi isi. Sementara itu, markah bahasa pula biasanya akan diperoleh dengan mudah sekiranya pemeriksa boleh memahami keseluruhan jawapan calon apabila calon boleh menulis secara gramatis, dan ayat yang ditulis lengkap mempunyai subjek serta predikat.

Jika diteliti daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3, aspek Komsas yang digariskan untuk teks prosa (cerpen, prora tradisional, drama dan novel) ialah sinopsis, tema, persoalan, watak dan perwatakan serta nilai dan pengajaran. Dalam soalan novel pula, aspek Komsas popular yang diuji ialah persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran. Meskipun latar tidak tersenarai dalam DSKP, namun tidak susah untuk memahami konsep latar dalam prosa.

Justeru, jadual analisis Komsas 7 dalam 1 seperti yang dikongsikan boleh membantu murid memahami dan menguasai aspek Komsas yang terdapat dalam novel Justeru Impian Dijaring dengan lebih mudah. Belajarlah dengan bijak. Kuasai teknik menulis jawapan untuk soalan aspek Komsas dengan betul. Kemudian berpeganglah kepada satu kata kunci dan contoh yang boleh digunakan untuk menjawab lebih daripada satu kehendak soalan.

Watak

Syahir Ramzi.

Perwatakan

Penyayang.

Nilai

Kasih sayang.

Persoalan

Kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Pengajaran

Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam menjalani kehidupan seharian khususnya sesama ahli keluarga.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang penyayang

Contoh

Syahir sangat sayang akan ibunya dan sering melawat ibunya.


Watak

Syahir Ramzi.

Perwatakan

Penyabar.

Nilai

Kesabaran

Persoalan

Kesabaran dalam menempuhi ujian dan dugaan dalam kehidupan.

Pengajaran

Kita hendaklah sabar ketika berhadapan ujian dan dugaan dalam kehidupan.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang penyabar.

Contoh

Syahir sering bersabar apabila sering diperlakukan dengan berat sebelah oleh Engku Aiman yang melebihkan Syed Amiri.


Watak

Syahir Ramzi.

Perwatakan

Seorang yang gigih.

Nilai

Kegigihan.

Persoalan

Kegigihan dalam mencapai matlamat dan cita-cita yang diimpikan dalam kehidupan.

Pengajaran

Kita hendaklah gigih berusaha demi mencapai matlat dan cita-cita dalam kehidupan.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang gigih.

Contoh

Syahir gigih menjalani latihan badminton bersama jurulatihnya, iaitu Haji Marzuki demi mecapai cita-citanya untuk menjadi juara dunia.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!