Borang Pelaporan PdPR Pulau Pinang; Cara Log Masuk & Panduan Mengisi

Cikgu Muzz
By -
0

 


Bermula 17 November sehingga 18 Disember guru-guru di seluruh negeri Pulau Pinang perlu membuat pelaporan aktiviti pengajaran dna pembelajaran di rumah (PdPR) menerusi Google Form. Objektif pelaporan ini ialah bagi membolehkan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengenal pasti dan meningkatkan keberkesanan PdPR guru-guru di negeri ini.

Semua guru perlu melengkapkan pelaporan PdPR setiap kali sesi pembelajaran selesai dilaksanakan mulai 17 November hingga 18 Disember 2020 secara harian sebelum jam 6.00 petang.

Caranya, mudah sahaja. Log masuk g-mail menggunakan e-mel rasmi (Google Classroom / ID Delima) dan password. Jika ada masalah log masuk atau lupa password boleh hubungi Guru Bestari atau Guru ICT sekolah masing-masing.

Kemudian, buka new tab, taipkan url (telah dikemas kini untuk 2021)  http://gg.gg/pdprpenang2021  Google Form untuk pelaporan PdPR akan terbuka, dan guru-guru hanya perlu mengisi maklumat ringkas seperti yang terdapat dalam borang pelaporan PdPR tersebut.

Ada 17 soalan perlu diisi setiap kali selesai PdPR oleh guru-guru. Ada pilihan jawapan yang boleh dipilih satu sahaja, ada pilihan jawapan yang boleh dipilih lebih daripada satu seperti yang disenaraikan di bawah. Yang tidak disenaraikan memerlukan guru menaip sendiri maklumat yang diperlukan.

  1. Kod sekolah
  2. Pejabat Pendidikan Daerah (satu pilihan sahaja)
  3. Nama
  4. Nombor kad pengenalan
  5. Peringkat sekolah (satu pilihan sahaja)
  6. Tingkatan (satu pilihan sahaja)
  7. Mata pelajaran (satu pilihan sahaja)
  8. Tarikh (satu pilihan sahaja)
  9. Jumlah murid dalam kelas
  10. Pendekatan PdPR yang digunakan (satu pilihan sahaja)
  11. Bilangan murid yang mengikuti PdPR
  12. Bilangan murid yang tidak mengikuti PdPR
  13. Aplikasi PdPR yang digunakan (satu pilihan sahaja)
  14. Kaedah pentaksiran dalam talian yang digunakan semasa PdPR (aneka pilihan)
  15. Kaedah pentaksiran luar talian yang digunakan semasa PdPR (aneka pilihan)
  16. Isu pelaksanaan PdPR ( satu pilihan sahaja)
  17. Keberkesanan pelaksanaan PdPR (skala likert)

Yang di atas adalah untuk tahun 2020, untuk tahun 2021 klik SINI

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!