Sesi persekolahan bagi tahun 2021 bermula pada 20
Januari 2021. Pada asalnya untuk sekolah menengah semua murid Tingkatan 1,
Tingkatan 5 dan Calon SPM 2020 akan hadir ke sekolah untuk pembelajaran
bersemuka. Namun, kekangan pandemik Covid-19 yang semakin mengganas memaksa pembelajaran
dari rumah diteruskan untuk semua peringkat sekolah pada ketika ini kecuali
calon peperiksaan tahun 2020.
Bermula 25
Jnauari 2021 guru-guru di seluruh negara perlu membuat pelaporan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menerusi Google Form. Ini
berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
menerusi surat bernombor KPM 100-6/1/16 Jld 2(48) pada tarikh 20 Januari 2021. Pelaporan
ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan PdPR dan seterusnya membantu
pihak sekolah merancang penambahbaikan proses pelaksanaan PdPR di sekolah
masing-masing.
Dalam perkongsian ini, akan ditunjukkan tatacara
mengisi pelaporan PdPR bagi guru-guru di negeri Pulau Pinang.
Caranya, mudah sahaja. Log masuk g-mail menggunakan
e-mel rasmi (Google Classroom / ID Delima) dan password. Jika ada masalah log
masuk atau lupa password boleh hubungi Guru Bestari atau Guru ICT sekolah
masing-masing.
Kemudian, buka new tab, taipkan url http://gg.gg/pdprpenang2021 Google Form
untuk pelaporan PdPR akan terbuka, dan guru-guru hanya perlu mengisi maklumat
ringkas seperti yang terdapat dalam borang pelaporan PdPR tersebut.
Ada 17 soalan perlu diisi setiap kali selesai PdPR
oleh guru-guru. Ada pilihan jawapan yang boleh dipilih satu sahaja, ada pilihan
jawapan yang boleh dipilih lebih daripada satu seperti yang disenaraikan di
bawah. Yang tidak disenaraikan memerlukan guru menaip sendiri maklumat yang
diperlukan.
- Alamat e-mel
- Kod
sekolah
- Nama
sekolah
- Peringkat
sekolah
- Tahun/Tingkatan
- Mata pelajaran
- Tarikh
- Bilangan
murid yang mengikuti PdPR dalam talian
- Bilangan
murid yang mengikuti PdPR luar talian
- Bilangan
murid yang mengikuti PdPR Off Site
- Bilangan
murid yang tidak mengikuti PdPR
- Platform
pembelajaran PdPR
- Kaedah
PdPR dalam talian
- Kaedah
PdPR luar talian
- Kaedah
PdPR Off Site
- Kaedah pentaksiran PBD
- Perekodan PBD
Selamat mengisi. Kurangkan
kontroversi. Tingkatkan prestasi. Bersatu julang akademik negeri.