Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 5: Pola Ayat (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang bergaris dengan tepat.

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Sarapan diambil pada setiap pagi sebelum memulakan sesuatu urusan. Pengambilan sarapan sebenarnya sangat baik untuk kesihatan seseorang. Sarapan membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan harian. Antaranya termasuklah meningkatkan daya ingatan dan menurunkan tahap koleterol jahat. Ramai orang ke restoran atau warung pada waktu pagi untuk bersarapan. Sarapan kegemaran masyarakat Malaysia ialah nasi lemak dan roti canai. Walaupun sarapan baik untuk kesihatan namun pemilihan menu hendalah bertepatan dengan gizi yang seimbang.

                                    (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Sarapan Pagi’ oleh Nasuha Badrul Huzaini, Dewan Kosmik, Bil7/2018)

[6 markah]

>>> Jawapan 

Post a Comment

0 Comments