Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 6: Ayat Aktif & Ayat Pasif (Tatabahasa SPM KSSM)



Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tukar ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.

Baru-baru ini Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan persembahan makyung. Penulis dapat menyaksikan persembahan makyung yang sungguh unik. Penulis juga yakin masa tidak akan terbazir apabila menonton persembahan makyung itu. Ramai penonton menghadiri persembahan seni tradsional makyung yang berlangsung pada pukul 8:30 malam. Meskipun begitu, kehadiran mereka belum dapat menjamin kelangsungan seni persembahan berterusan. Penggiat makyung memerlukan bantuan daripada pihak yang berwenang untuk mempromosikan makyung. Promosi menerusi media sosial merupakan salah satu cara menyebarluaskan maklumat tentang seni persembahan ini.

                        (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Seni Persembahan Warisan Bangsa Menuju 2050’ oleh Armin Azhari Saleh, Dewan Budaya, Bil.7/2018)

[6 markah]

>>> Jawapan 

Post a Comment

0 Comments