Baca petikan di
bawah dengan teliti. Kemudian kenal patsi empat jenis ayat yang terdapat dalam
petikan, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah.
Sejak 1975, masalah obesiti menjadi kebimbangan
global. Persoalannya, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah obesiti?
Terdapat pelbagai cara mengatasi masalah berat berlebihan dan obesiti.
Antaranya melalui penjagaan diet seimbang. Jangan makan secara berlebihan
terutamanya makanan yang mengandungi gula dan lemak yang banyak. Wahai ibu bapa,
jagalah pemakanan anak-anak! Hal ini demikian kerana, makanan sihat penting
untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.
(Dipetik
dan diubah suai daripada ‘Atasi Obesiti Agenda PBB Demi Kemakmuran Dunia’ oleh
Haifaa Ramli, Berita Harian)
[4 markah]