Latihan Karangan Domain Peribadi: Langkah-Langkah Mencapai Kerjaya Impian

Cikgu Muzz
By -
0

KARANGAN BAHAGIAN B: DOMAIN PERIBADI
Anak pasangan pengusaha kedai runcit, Chuah Bee Tan dinobatkan pelajar cemerlang apabila memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bagi negeri Perlis yang diumumkan di Dewan Syed Mahmood Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma hari ini. Bercita-cita menjadi seorang akauntan membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk belajar bagi mengubah kehidupan keluarga.
 
            (Dipetik daripada ‘Anak Pengusaha Kedai Runcit Cemerlang SPM’
oleh Norjuliana Yaacob, Sinar Harian)
 
Petikan berita di atas berkaitan kejayaan seorang calon peperiksaan SPM yang mengimpikan kerjaya pilihan yang dapat mengubah nasib diri dan keluarga. Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda lakukan bagi mencapai cita-cita atau kerjaya impian anda. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
 
PANDUAN
Anda dinasihatkan untuk menulis sebuah perenggan pendahuluan, tiga atau empat perenggan isi dan sebuah perenggan kesimpulan. Kesemua perenggan ini diangarkan mengandungi antara 80 hingga 100 patah perkataan. Disebabkan jumlah perkataan adalah terhad bagi karangan Bahagian B SPM mulai tahun 2021, maka perancangan menulis adalah sangat penting bagi memastikan setiap perenggan seimbang antara satu sama lain.
 
PERBINCANGAN
Soalan menuntut murid untuk menghuraikan langkah-langkah bagi mencapai cita-cita dalam bidang kerjaya yang menjadi impian diri sendiri. Apakah langkah/usaha/cara/kaedah yang boleh dilakukan dalam merealisasikan kerjaya impian yang menjadi impian selama ini?
 
Nyatakan tiga isi yang tepat dan relevan:
  • Isi pertama:
  • Isi kedua:
  • Isi ketiga:
LATIHAN
Pilih mana-mana satu isi di atas dan tulis sebuah perenggan isi yang lengkap dan matang secara gramatis dalam kepanjangan antara 80 hingga 100 patah perkataan.
 
CONTOH PENDAHULUAN
            Setiap insan pasti mempunyai impian. Salah satu impian yang ditanam dalam diri seseorang individu sejak kecil lagi ialah impian tentang cita-cita. Apabila seorang kanak-kanak melangkah kaki ke alam persekolahan, cita-cita menjadi salah satu soalan paling popular. Mengharapkan kerjaya idaman menjadi salah satu kenyataan dalam hidup merupakan angan-angan setiap manusia. Ada di antara kita yang mahu menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan, ada yang mahu menjadi usahawan yang memegang status jutawan, malah ada juga yang mahu menyertai pasukan seragam berkhidmat dan berbakti untuk negara. Walau apa-apa jua kerjaya idaman seseorang, tanpa usaha yang setimpal pastinya akan kekal bak angan-angan mat jenin semata-mata. Justeru, apakah yang perlu saya lakukan dalam usaha merealisasikan kerjaya impian saya?
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!