Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 22: Pola Ayat (Tatabahasa SPM KSSM)



Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tulis pola ayat sama ada Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama bagi setiap ayat yang bergaris.

(1) Banyak pihak yang tidak menyedari potensi industri desa untuk maju. (2) Industri ini ialah industri yang mampu meningkatkan ekonomi negara. Industri desa ini dapat dimajukan jika setiap pihak memainkan peranan untuk mengusahakannya, (3) Untuk memajukan industri desa pihak kerajaan seharusnya memberikan sokongan dari segi bantuan kewangan. (4) Industri desa sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk dari luar bandar. Oleh itu, (5) pihak yang bertanggungjawab harus ke kawasan luar bandar untuk memberikan penerangan kepada penduduk. (6) Penduduk dari kawasan luar bandar pula seharusnya mengiktiraf industri desa sebagai industri yang mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 
"Kepentingan Pernbangunan Industri Desa"
oleh Thearm A/L Ramanatahan, Dewan Siswa Bil 1, 2019)
 
[6 Markah] 

Post a Comment

0 Comments