Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Berkembang sains dan teknologi merujuk
pada perubahan dalam penghasilan peralatan canggih yang memudahkan
kehidupan manusia. Prodak seperti
kereta, komputer, televisyen, dan
telefon bimbit menjadi bukti perkembangan sains dan teknologi tersebut. Sesungguhnya, maju dalam bidang ini
mendatangkan banyak kebaikan kepada
manusia.
Faedah yang paling ketara terhasil
menerusi sains dan teknologi telah memudahkan urusan manusia di pejabat. Pengenalan sistem atas talian memudahkan
jabatan kerajaan dan swasta berkomunikasi di antara satu sama lain. Impaknya, teknologi ini menjimatkan penggunaan besi kerana urusan
surat-menyurat diganti dengan komunikasi menerusi alam maya.
[6 Markah]
Petikan 2
Minggu Sains Negara
Minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik (STEM) di kalangan murid perlu diberikan
perhatian sirius. Perkara
ini penting bagi memastikan negara
mempunyai modal insan
yang pengetahuan dan berkemahiran selari
dengan keperluan negara
menjelang 2050. Mana kala pelibatan semua orang seperti guru, murid, ibubapa, pertubuhan bukan kerajaan dan industri diyakini
dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap
kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
[5 Markah]