Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama
khas.
Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang
tahun mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di
negara kita. Iklim seperti ini amat digemari
oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara
Eropah dan Amerika
Syarikat. Kepelbagaian bentuk
muka bumi yang menarik seperti
kawasan rekreasi di tanah tinggi
dan hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi
tumpuan para pengkaji
tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai yang masih putih dan bersih serta tidak tercemar merupakan aset penting dalam industri
pelancongan.
(Dipetik dan diubah
suai daripada
‘Malaysia Tumpuan Pelancong’
Oleh Sofea Suhaimi,
Dewan Siswa, Oktober
2015)
[6 markah]
>>> Jawapan