Judul: Wanita Milik Tuan Putra
Penulis: Aunie Ayunie
Penerbit: Syarikat Fajar
Tahun: Oktober 2019
Bilangan Halaman: 593 muka surat
Ulasan:
Novel ini disingkap tabirnya penuh
tragis. Dr. Airis Maryam dirogol pada malam pernikahannya. Ditemukan dalam keadaan
penuh aib oleh suaminya, Tuan Putra Anaqi, Dr. Airis Maryam mengambil keputusan
untuk bunuh diri dengan terjun dari bangunan hospital. Detik ini menjadi momen
hitam kepada Tuan Putra Anaqi. Radar hidupnya berubah sehinggalah dia terlibat dalam
sebuah kemalangan yang meninggalkan ‘tanda’ pada anggota badannya.
Bunga Zinnirah dinikahi Tuan Putra
Anaqi ketika usia 44 tahun sedangkan Bunga hanya 20-an. Tidak diterima ibu bapa
Bunga sebagai menantu kerana marah disangka Tuan Putera Anaqi merosakkan Bunga
sehinggakan Bunga dan Emir putus tunang! Begitu juga Bunga sendiri menerima
respons negatif daripada Tengku Tania, kakak tiri Tuan Putra Anaqi. Namun,
rumah tangga yang dibina tanpa dasar cinta pada awalnya itu tetap membungakan
kebahagiaan kepada Tuan Putera dan Bunga.
Begitupun disangka panas hingga ke
petang, rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan Bunga dan Tuan Putra teruji.
Bunga rupanya anak kandung lelaki yang merogol Dr. Airis Maryam. Tuan Putera
tidak dapat menerima darah yang mengalir dalam tubuh badan Bunga. Lebih tragis
kandungan dalam rahim Bunga dipaksa gugur dengan cara kejam!
Benarkah Bunga Zinniriah merupakan
anak kandung perogol Dr. Airis Maryam? Apakah rahsia di sebalik kematian Dr.
Airis Maryam yang cukup tragis membunuh dirinya sendiri? Sejauh mana rahsia
yang tersimpan akan menjadi badai ikatan Tuan Putra Anaqi dan Bunga Zinniriah?
Sehebat mana pula cinta antara dua insa yang berbeza jarak usia dalam
mempertahankan mahligai perkahwinan mereka? Semuanya terungkap dalam novel
Wanita Milik Tuan Putra yang merupakan karya ke-8 penulis Aunie Ayunie.
Novel Wanita Milik Tuan Putera telah
diadaptasi kepada drama bersiri yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Akasia
bermula 21 Oktober 2022. Drama ini ditunjangi oleh Hisyam Hamid sebagai Tuan
Putra Anaqi dan Intan Najuwa sebagai Bunga Zinniriah.
Kesimpulan:
★★★