Judul: Jibrael You’re Mine!
Penulis: Suci Hidayat
Penerbit: Suci Love Story
Tahun: November 2017
Bilangan Halaman: 345 muka surat
Ulasan:
Biasanya kita dengar pengantin lelaki yang tinggalkan pengantin perempuan pada hari pernikahan. Lain pula berlakunya dalam naskhah ini apabila Jibrael ditinggalkan terkulat-kulat pada hari pernikahannya. Aib dan dimalukan, Jibrael menjejaki perempuan yang telah mencalarkan maruahnya. Lebih parah apabila wanita itu telahpun mengandung hasil perhubungan terlarang dengan seseorang yang berpangkat dan lebih berharta daripada Jibrael! Ini merupakan titik tolak seorang Jibrael menjadi lelaki yang menjadikan perempuan persis lampin pakai buang.
Dara Adalia terperangkap dalam kehidupan
Jibrael kerana desakan hidup, tanggungjawab dan kasih sayang seorang anak
kepada ibunya. Ada harga yang perlu dibayar oleh Dara Adalia atas ihsan nyawa
yang diberikan Jibrael kepada ibunya. Namun, Dara Adalia tidak tahu, atas
alasan apa dirinya terpilih?
Takdir melingkari hidup manusia yang
bernama Dara Adalia. Siapa sangka luka lama yang pernah membelah hati Jibrael rupa-rupanya
ulah kakaknya sendiri Zara Azalea. Saat kebenaran terungkai, ketika setiap persoalan
terurai, apakah masih ditakdirkan bahagia buat Dara Adalia bersama Ku Jibrael?
Selami kisah mereka dalam Jibrael:
You’re Mine! Nukilan Suci Hidayat.
Kesimpulan:

★★★