Rsensi Novel Mr Teh O Ais Limau Karya April Snow

Cikgu Muzz
By -
0
 


Judul: Mr Teh O Ais Limau
Penulis: April Snow
Penerbit: Teratak Kasih Publication
Tahun: Oktober 2021
Bilangan Halaman: 349 muka surat
 
Ulasan:
Mungkin nampak pelik, tapi kenyataannya ini merupakan naskhah pertama tulisan April Snow yang saya baca meskipun sebaris nama penulis ini sudah lama berada dalam arena penulisan. Sebenarnya entah virus apa yang terkena sehinggakan ‘penyakit’ beli novel tiba-tiba kembali menyerang sementelahan masih ada ratusan buku yang belum dibaca. Barangkali sebab Shopee, semuanya berada di hujung jari...
 
Karya berjudul Mr Teh O Ais Limau ini sebelum saya beli; ada juga saya mencari ulasan pembacanya. Kebanyakan positif, dan rata-rata komen positif ini merupakan pengikut setia penulis. Jadi saya terus mencari sehingga terbaca satu komen kritikan. Menurut komen tersebut, monolog terlalu banyak dalam novel ini. Ya, saya akui. Monolog agak ‘meleret’, tapi sesuailah dengan karakter watak utama perempuan yang ditampilkan.
 
Heroin dalam novel Mr Teh O Ais Limau ini sempoi. Tak ada control ayu. Tak ada nak pakai make-up tebal 3 inci, busana mewah dengan nama jenama sampai tergeliat lidah nak menyebutnya. Bahkan pekerjaan watak utama perempuan sebagai heroin dalam cerita ini juga sangatlah rare, iaitu penghantar surat aka minah despatch.
 
Ketika membaca halaman demi halaman, ternampak perenggan-perenggan yang seolah-olah sengaja memberi tumpuan kepada watak ibu bapa Luqman Riayat Shah, iaitu hero dalam novel ini. Pada awalnya dah terjangka dalam hati. Rupanya pabila diselidik, memang betul. Mr Sirap Bandung iaitu novel sebelumnya adalah kisah ibu bapa si hero. Kebelakangan ini (dah lama juga) trend penulis menghubung kait watak sampingan dengan watak utama dari sebuah karya kepada karya terkini dah jadi macam satu trend. Yang kasihannya, pembaca baharu, mesti blur sekejap! Hahaha...
 
Apapun, bukan mudah hendak tulis daripada sudut pandangan pertama. Dan bukan senang juga hendak jatuh cinta dengan watak yang ditampilkan dalam keadaan bercerita menurut sudut pandangan ini. Justeru, bilamana boleh ‘masuk’ dengan gaya penulisan itu, maka kredit wajar diberikan kepada penulis. Nak baca karya yang sempoi, kelakar, gila-gila? Mr Teh O Ais Limau boleh menjadi novel pilihan anda!
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!