Resensi Novel Diva Karya Emy Roberto

Cikgu Muzz
By -
0
 


Judul: Diva
Penulis: Emy Roberto
Penerbit: Emelyne Bani Anak Jam
Tahun: Jun 2020
Bilangan Halaman: 152 muka surat
 
Ulasan:
Diva seorang pekerja yang dedikasi. Datang bos baharu, Dani yang menggantikan bapanya Tuan Zul membuat satu pejabat kecut perut. Aura singa Dani bukan main-main. Sudah tentu, laganya melibatkan Diva dan Dani. Dani yang pantang ada orang menjawab arahannya dan Diva yang selalu sahaja hendak menjawab. Walaupun ada perbezaan karakter antara mereka, namun dalam hati Dani sudah ada Diva. Cuma Diva sahaja jual mahal, mungkin sebab peristiwa lampau. Siapa pula Siti yang tergedik-gedik serupa perigi cari timba?
 
Seperti biasa dalam novel pasti ada watak protagonis dan antagonis. Cuma dalam DIVA everything remain simple and easy going. Pendek kata, jalan cerita yang ringkas, konflik yang ringan dan plot yang straight to the point. Ini juga novel prelove pertama yang saya beli (maklumlah saya ni cerewet amat dalam pemilihan buku dan kondisinya). Cuma DIVA terpaksa beli yang terpakai sebab terlepas pandang novel penerbitan sendiri Emy Roberto dan sudah tidak ada lagi naskhah baru yang dijual oleh sesiapa.
 
Bagi pengumpul karya Emy Roberto seperti saya, DIVA pasti perlu ada dalam rak buku bersama-sama naskhah tulis Emy Roberto yang lain.
 
Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!