Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 20: Cakap Pindah (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
 
Tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan perbarisan khas sempena sambutan Hari Angkatan Tentera. Sambutan akan diadakan pada 16 September. Sambutan akan diadakan di Tambatan Pangkalan TLDM Lumut. “Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama dipilih sebagai tema sambutan. Pelbagai acara akan diadakan sempena hari terbuka itu yang pasti memberikan peluang kepada orang ramai menyaksikan persembahan hebat membabitkan ketenteraan selain pelbagai aktiviti menarik seperti pameran aset tentera, “eco-challenge” dan promosi kerja ATM. Sambutan Hari Angkatan Tentera bertujuan menekankan kepentingan kerjasama antara pasukan keselamatan dan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara. Yang Di-Pertuan Agong menjadi tetamu kehormat dalam majlis tersebut. ATM turut menerbitkan sebuah klip video berdurasi 50 saat sempena sambutan Hari ATM ke-86 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan pertahanan negara.
 
[6 markah]

>>> Jawapan

Post a Comment

0 Comments