Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Sintaksis 18: Ayat Tanya (Tatabahasa SPM KSSM)



Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
 
Sikap gemar membuang sampah di kawasan terbuka di kawasan taman perumahan mengundang pencemaran bau. Aktiviti itu berlarutan selama lima tahun di Taman Wisata Jaya yang menempatkan lebih 100 buah kediaman kos rendah. Pencemaran bau itu menyebabkan penduduk menghadapi pelbagai masalah. Pihak berkuasa telahpun mengeluarkan kompaun kepada individu yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah secara terbuka itu. Walau bagaimanapun, masih wujud individu yang mementingkan diri sendiri yang berterusan membuang sampah di kawasan tersebut. Tuntasnya, pendidikan merupakan asas untuk membentuk keperibadian insan untuk lebih bertanggungjawab. 
[6 markah]

Post a Comment

0 Comments